suria

Suami Salamiah Hassan meninggal dunia selepas 2 bulan berumah tangga

Salamiah dan Gerry pada majlis pernikahan mereka.

HANYA dua bulan sempat melayari bahtera rumah tangga, penyanyi salamiah hassan terpaksa menerima khabar duka apabila suaminya meninggal dunia.

Allahyarham Gerry Hughes dilaporkan meninggal dunia di Tasmania, Australia pada Jumaat pada usia 68 tahun.

Khabar duka itu dikongsikan oleh anak Salamiah iaitu Atilia Haron menerusi Instagram Story miliknya pada Sabtu.

Atilia turut memaklumkan, ibunya kini sedang dalam perjalanan pulang ke Australia sejurus mendapat perkhabaran tersebut.

Salamiah Hassan Kahwin

Pasangan pengantin bergambar kenangan bersama keluarga dan kenalan selepas majlis pernikahan mereka pada 1 September lalu.

"Kami sekeluarga menerima berita pemergian bapa tiri Gerry Hughes pada Jumaat pagi dan ibu saya sedang dalam perjalanan pulang ke Tasmania, Australia," katanya.

Salamiah berada di Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu bagi memenuhi undangan persembahan namun Gerry tidak ikut bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali bergelar isteri pada usia 71 tahun, lelaki Australia berjaya tawan hati Salamiah Hassan

Dalam pada itu, Atilia meminta semua pihak agar memberi mereka sekeluarga ruang selepas menerima berita mengejutkan itu.

"Kami harap semua dapat memberikan masa untuk kami meratapi pemergian yang mengejutkan ini. Al-fatihah," katanya.

Untuk rekod, Salamiah dan Gerry disatukan sebagai suami isteri pada 1 September lalu di Tasmania dalam sebuah majlis sederhana.

Pasangan ini berkahwin selepas saling mengenali sejak 15 tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain