suria

Pengawal keselamatan halang Cik B masuk tandas wanita, Vida salahkan diri sendiri potong rambut anak macam lelaki

Cik B disuruh ke tandas lelaki oleh pengawal keselamatan gara-gara penampilannya.

GAYA rambut persis lelaki anak usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B sememangnya menjadi buah mulut netizen sejak akhir-akhir ini.

Disebabkan rambut pendek itu juga, Vida berkongsi Cik B atau Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin berdepan masalah untuk masuk ke tanda wanita kerana penampilan tersebut.

Kata Vida, dia beranggapan itu keadaan itu berpunca daripada dirinya kerana memotong rambut Cik B sehingga pendek memandangkan remaja itu mengalami masalah rambut gugur dan kasar.

"Cik B dah memang burtal. Saya terasa sangat bila orang anggap Cik B sebagai lelaki, sebab saya yang bersalah potong rambut Cik B sampai pendek dan rosak.

DSV kongsi anaknya tidak dibenarkan ke tandas wanita.

"Saya kisah sangat tentang penampilan Cik B, saya doa siang malam agar dia berubah," katanya kepada mStar.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok itu, Vida memaklumkan kejadian tersebut merupakan kali ketiga berlaku pada anaknya di mana pengawal keselamatan keliru dan menghalang Cik B masuk ke tandas wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cik B bukan suka-suka potong rambut pendek macam lelaki, rupanya Vida yang suruh... “Tapi mama gunting tak lawa”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila ada boyfriend dia lebih jaga penampilan” - Vida bagi ‘green light’ Cik B cari kekasih, restu kalau anak kahwin muda

"Pening kepala jaga (pengawal keselamatan) nak bagi masuk ke tidak," kongsi DSV.

Disebabkan kekeliruan itu, Vida yang berada di tempat kejadian terpaksa menerangkan kepada pengawal berkenaan yang sebenarnya Cik B seorang perempuan.

Sehubungan itu, rata-rata netizen berpendapat penampilan Cik B itu membimbangkan mereka malah berharap agar anak usahawan berkenaan menjadi lebih feminin.

23522

DSV terpaksa jelaskan kepada pengawal keselamatan anaknya seorang perempuan.

"Harap Cik B kembali kepada fitrah, risau tengok penampilan Cik B.

"Kenapa Cik B macam lelaki ini? Patut pakai makeup sikit bagi nampak perempuan.

"DSV tak patut biarkan anak dia menyerupai lelaki. Cik B pakai tudung jelah, nampak lagi comel," antara komen netizen.

Sebelum ini, Cik B memaklumkan rambutnya telah rosak membuatkan dia terpaksa memotongnya menjadi pendek.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain