suria

Selebriti kecam tindakan lelaki belasah remaja perempuan, Neelofa minta maklumat kejadian... Yana Samsudin nak jumpa sembang cerita 'anak dan kura-kura' 

Yana Samsudin antara selebriti yang bersuara.

SUSULAN penularan sebuah video memaparkan seorang lelaki bertindak membelasah seorang gadis bukan hanya mengundang kemarahan netizen malah selebriti tempatan turut meluahkan rasa geram dengan tindakan tidak berhati perut berkenaan.

Video berdurasi 15 saat yang turut dimuat naik menerusi Instagram mStar menerima lebih daripada sejuta tontonan dan mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial termasuk selebriti.

Menjengah ke ruang komen, pelakon Yana Samsudin sempat memberikan kata-kata sinis ingin bertemu dengan si pelaku dan kenyataannya itu mendapat perhatian ramai.

"Dik mai (mari) dik, akak nak jumpa kejap dik. Nak sembang cerita anak dan kura-kura jap," tulisnya.

viral1 - 1

Video tular yang mendapat perhatian ramai.

Komen pelakon itu menerima lebih daripada 3,000 tanda suka dan rata-rata mengaitkan Yana dengan watak dalam filem Bini-Biniku Gangster.

"Habis Kak Yong dah masuk. Biar Kak Yong buat kerja sekejap.

"Kak Yong sudah turun padang. Watak cerita Bini-biniku Gangster komen, ambik kau!," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak cukup terajang, pemuda dayus libas kepala remaja perempuan dengan selipar! Satu Malaysia 'mendidih', gesa polis jejak sampai dapat

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga tepi jalan serang gerai sebelah kerana jual menu sama... Fahrin Ahmad sedih tengok kelakuan bangsa sendiri berniaga

Tidak hanya Yana, beberapa selebriti lain termasuk Syafiq Farhain turut menyatakan rasa geram dengan tindakan lelaki berkenaan dan ingin bertemu dengannya.

Manakala penyanyi Idayu mengecam tindakan berkenaan kerana menegaskan lawan seorang lelaki bukanlah wanita yang sifatnya lemah dan tidak mempunyai kekuatan seperti seorang lelaki.

Sementara itu, selebriti Neelofa turut memuat naik video sama di laman Twitter miliknya dan menerusi kapsyen turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai si pelaku agar terus menghubunginya.

"Sesiapa ada info tentang kejadian ini? Tolong respon jika ada," tulisnya.

viral2 - 1

Neelofa turut bersuara mencari si pelaku.

Ciapan yang dibuat pengacara Next to Neelofa itu mendapat reaksi pengikutnya malah ada dalam kalangan netizen mendedahkan si pelaku dan gadis berkenaan merupakan pasangan adik-beradik.

Menerusi info yang disalurkan, lelaki itu didakwa berang dengan tindakan adiknya keluar bertemu kekasihnya meskipun ibunya sedang sakit di rumah.

"Baru dapat tahu rupanya perempuan itu keluar jumpa kekasih, padahal dia kena jaga ibu yang sedang sakit. Yang pukul itu abang kandung dia," tulis netizen.

Bagaimanapun masih belum ada pengesahan sebenar berhubung dakwaan berkenaan.

Menerusi video berkenaan, gadis berkenaan disepak pada bahagian muka selain diterajang pada bahagian perut dan paha.

Tidak cukup dengan itu, ketika gadis tersebut menangis kesakitan, lelaki itu bertindak mencabut selipar miliknya sebelum melibas ke arah mangsa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain