suria

Di bawah pemantauan ‘high depency unit’, kepala Fad Bocey terhentak akibat kemalangan

Keadaan Fad Bocey selepas terlibat dalam kemalangan motosikal.

PELAWAK dan penyampai radio, Fad Bocey dikejarkan ke hospital berdekatan selepas terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal pada Isnin.

Menurut isteri Fad iaitu Nur Syahirah A. Rahman, dia terkejut apabila menerima khabar Fad kemalangan melalui panggilan telefon.

"Berita buruk, baru duduk minum air selesaikan barang-barang rumah... Fad call dia kemalangan. Dugaan apa ini," katanya.

75873513875815

Isteri kongsi keadaan Fad Bocey kemalangan.

Perkara itu dikongsikan Syahirah menerusi hantaran di ruangan IG story miliknya.

Berkongsi lebih lanjut, Syahirah memberitahu bahawa Fad kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditukar kendali segmen petang, stesen radio ‘downgrade’ Fad Bocey?

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit semasa bangun tidur sampai tak boleh pijak lantai, Fad Bocey terpaksa jalani rawatan 'slip disc'

Malah, suaminya itu juga perlu pemantauan rapi daripada doktor kerana mengalami hentakan di bahagian kepala ketika kemalangan.

"Maaf yang mana hubungi tadi bateri tinggal tiga peratus, ini baru phone bernyawa. Keadaan terkini Fad perlu monitor under HDU (High Dependency Unit) sebab ada hentakan dekat kepala untuk pastikan semuanya bagus.

Fad kemalangan ketika menunggang motosikal.

"Sebab masa dekat tempat kejadian dia muntah. Tapi Alhamdulillah dia kuat. Terima kasih yang mendoakan, semoga kebaikan kalian dibalas Allah SWT," katanya lagi.

Dalam pada itu, pelawak Achey juga turut menghulurkan bantuan bagi menguruskan urusan kemalangan selepas menerima berita berkenaan.

22646346

Achey datang hulur bantuan.

Menerusi hantaran Achey di Instagram, dia juga berkongsi keadaan Fad yang sedang terbaring di atas katil semasa menerima rawatan.

Meskipun dalam keadaan sakit Fad dilihat masih mampu memberikan senyuman kepada rakannya itu.

"Semoga cepat sembuh sahabat," tulisnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain