suria

Terima banyak tawaran jadi pengacara, Sean Lee ada sebab terpaksa selektif memilih watak lakonan

Sean Lee ambil tawaran mengacara untuk mengisi masa lapang.

PELAKON dan pengacara Sean Lee bersyukur kerana masih diberi kepercayaan dan tanggungjawab mengacarakan beberapa program televisyen.

Sean, 28, berkata dia sudah terbiasa melakukan tugas pengacaraan kerana pada awal kariernya sudah mengambil tawaran mengacara untuk mengisi masa lapang sebagai pelakon.

"Sewaktu baharu berjinak-jinak dalam bidang lakonan, boleh dikatakan saya hanya mendapat satu tawaran lakonan untuk setahun.

342090c3-6339-4ece-92c2-0a253b75eb2e

Sean Lee dia lebih selektif untuk memilih watak yang sesuai.

"Jadi, saya terfikir daripada tidak buat apa-apa baik saya cuba bidang lain seperti menjadi hos," katanya kepada mStar.

Sean ditemui pada sidang media program Gempak Most Wanted yang diadakan di Astro, Bukit Jalil baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas sekadar alih suara filem Hollywood, Sean Lee impi berlakon disamping Henry Golding

ARTIKEL BERKAITAN: Ada pertikaikan watak dalam filem bersama The Rock, Sean Lee intai peluang kembang bakat ke luar negara

Dalam pada itu, selebriti ini mengakui bidang lakonan masih lagi menjadi cinta pertamanya, namun kini dia lebih selektif untuk memilih watak yang sesuai.

Hal ini adalah kerana dia ingin memberikan yang terbaik terhadap projek lakonan yang diterima dan untuk mengelakkan daripada melakukan watak sama.

"Bila diberikan tawaran, saya akan baca skrip terlebih dahulu dan jika saya rasa terlampau dekat dengan watak-watak sebelum ini, saya takkan ambil.

Sean Lee bersyukur kerana masih diberi kepercayaan sebagai pengacara.

"Untuk saya berkembang sebagai seorang pelakon, saya perlu melakonkan watak-watak lain yang tidak pernah saya lakonkan lagi," jelasnya.

Untuk info, Sean dan Amelia Henderson dipilih menjadi hos dalam program carta terbaharu iaitu Gempak Most Wanted 2022 (GMW2022).

GMW2022 tampil memberi penghargaan kepada individu, pempengaruh media sosial, selebriti, pereka kandungan yang menghangatkan dunia digital negara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain