suria

Ditegur kongsi video artis wanita di program agama, Umie Aida tampil jelaskan situasi sebenar... “Tiada lelaki sepanjang majlis”

Umie Aida jelaskan salah faham yang berlaku di Festival Sunnah Muslimat.

PELAKON Datin Seri Umie Aida tampil menjelaskan salah faham mengenai satu hantaran memaparkan barisan artis wanita menyanyi ketika menghadiri Festival Sunnah Muslimat yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah, baru-baru ini.

Kata Umie, 50, dia berlapang dada menerima teguran daripada pengikut mengenai tindakannya itu memandangkan dia juga masih baharu dalam penghijrahan.

"Alhamdulillah atas teguran buat saya tentang post video artis di Festival Sunnah. Saya terima teguran dengan hati terbuka," katanya menerusi laman Instagram pada Selasa.

3153636474

Umie Aida terima teguran dari peminat dengan hati terbuka.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon dan penerbit Erma Fatima ini menjelaskan persembahan beberapa rakan artis dan pendakwah bebas wanita di majlis berkenaan bukanlah nyanyian kosong.

Sebaliknya, ia merupakan pujian kepada Allah SWT dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Umie Aida kongsi momen bertemu individu dakwa keturunan Rasulullah... netizen kata untung Aisya siap didukung Mawla Muhammad

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya dari awal Erma Fatima tak senang babak panas Zul Ariffin... Umie Aida dedah cerita sebenar

Umie juga menjelaskan acara itu berlangsung secara tertutup dan tidak disertai oleh lelaki.

"Tiada lelaki sepanjang majlis berlangsung... baik dalam stadium mahu pun di luar stadium. Kami mulakan majlis dengan Asma Ul Husna dan bacaan Yassin oleh Ustazah Nawiah Abu.

"Maulid, Qasidah dan bacaan ayat Al Quran serta selawat... Antara lirik qasidah adalah pujian pada Allah SWT, kisah Rasullah SAW dan selawat dan lirik qasidah ditulis oleh ulama terdahulu yang penuh kecintaan pada Allah dan Rasulullah.

Umie Aida mula aktif dalami ilmu agama.

"Kerinduan yang mendalam bukan satu nyanyian kosong yang boleh melalaikan. Di mana bida'ah yang dikatakan? Mohon berhati-hati dalam lisan kita semua," ujarnya.

Kata Umie lagi, dia sangat berhati-hati dalam membuat sebarang perkongsian terutamanya jika melibatkan rakan-rakan artis yang sudah mengenakan niqab atau purdah.

"Bab posting pula, yang ini saya sangat berhati-hati untuk tidak post sahabat-sahabat yang berniqab. Baik dari kumpulan hadrah mahupun penonton yang hadir.

311590703_490841489610247_1190374168441885664_n

Umie Aida minta netizen berhati-hati dengan lisan.

"Artis seperti saya yang baru berhijrah banyak kelemahan. Saya seperti bayi yang baru nak merangkak. Pendosa yang mencari redhaNya.

"Kesyadidan (hukuman) anda menyebabkan orang yang baru berhijrah seperti saya menjadi takut untuk mendekati insan-insan 'masturat' (aktif aktiviti agama)," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain