suria

Bakal timang bayi lelaki... Majlis ‘gender reveal’ dipersoal, Mona Allen bukan ikut budaya Barat tapi penat jawab pertanyaan jantina anak

Mona dan Pekin bakal menimang cahaya mata lelaki pada September. Foto Instagram @mona.allen

PASANGAN pelakon Pekin Ibrahim dan Mona Allen mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi dalam sebuah majlis gender reveal yang diadakan pada Sabtu.

Bagaimanapun, di sebalik kegembiraan menanti kelahiran bayi sulungnya itu, Mona atau Munna Hafiraneza Allen, 37, kecewa apabila terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan majlis yang diadakan.

Ada menyifatkan tiada sebarang keperluan untuk majlis itu diadakan kerana ia adalah budaya masyrakat Barat.

Menjawab mengenai salah faham itu, Mona menjelaskan tujuan utama dia dan Pekin mengadakan acara itu adalah bagi mengumumkan perkara itu secara terbuka tanpa perlu menjawab satu persatu pertanyaan pengikut di Instagram.

298796018_5594748230630399_5701236591624451847_n

Pasangan ini bakal menimang cahaya mata sulung selepas empat tahun berkahwin.

Malah kata pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu, meskipun pengumuman itu sudah dibuat, masih ada pengikutnya yang bertanyakan jantina anak bakal dilahirkan kelak.

"Cuba bayangkan ada 50,000 orang bertanya boy atau girl? Walaupun dah dimaklumkan untuk yang ingin tahu tapi masih ada lagi bertanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Manisnya Mona Allen bertudung... Mahu perbaiki diri sebelum bergelar ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun berkahwin, Mona Allen, Pekin jalani pemeriksaan kesuburan - “Kalau boleh tahun ini juga nak ada baby”

"Percayalah, takkan kita nak jawab satu persatu, agak penat. Jadi kita pilih satu tarikh dan buat pengumuman kepada umum," katanya menerusi Instagram Story.

Dalam pada itu, Mona berkata, majlis diadakan bukan untuk bersikap riyak sebaliknya sesuatu perkara itu dilakukan atas sebab-sebab tertentu.

298717865_384949130376713_4567822742060679268_n

Mona menjelaskan majlis itu diadakan bukan bertujuan riyak atau mengikut budaya Barat.

"Janganlah bersangka buruk, fikir secara positif. Janganlah kita ini asyik nak cari kesalahan orang lain.

"Kita bukan sengaja atau suka-suka nak riyak dan menunjuk tetapi buat sesuatu itu ada sebab. Setiap benda mesti ada sebab," jelasnya.

Sementara itu, Mona dijangka bakal melahirkan bayi sulungnya pada penghujung September.

Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 41, pada 7 Disember 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain