suria

“Orangnya baik, comel dan pandai bawa diri” - Shuib dan Wan Sharmila hanya rakan biasa

Shuib mengakui Wan Shamila seorang wanita yang pandai menjaga dan membawa diri.

SEJAK menggalas gelaran sebagai bapa tunggal, pelawak dan usahawan, Shuib sering dikaitkan dengan beberapa rakan selebriti untuk dijadikan sebagai suri hidupnya selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah tahun lalu,

Tidak terkecuali pelakon, Wan Shamila turut dikaitkan dengan Shuib atau Shahmira Muhammad, 38, lebih-lebih lagi selepas wanita itu bergambar bersama ibu Shuib, Salamiah Jalani.

Pernah beberapa kali bekerjasama dengan Wan Shamila, Shuib bagaimanapun menyifatkan hubungannya dengan pelakon itu hanya sekadar kawan satu industri.

"Dia tidak lebih daripada kawan industri dan kami pernah bekerjasama ketika menjayakan Sepahtu Reunion. Secara peribadi mengenali dirinya sebagai seorang yang baik, comel, pandai membawa diri dan menjaga diri.

1684383

Shuib bersama empat orang anaknya menziarahi pusara Allahyarham Siti Sarah.

"Kami pernah bekerjasama sekali dua sahaja. Kebetulan ibu tiri arwah Siti Sarah, Makder menjemput Wan Shamila datang. Jadi dia agak teruja untuk berjumpa secara berdepan," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Bagai merestui hubungan Shuib dan Wan Shamila, Salamiah sebelum ini saling berbalas komen di media sosial yang seakan memberi gambaran bakal menjadi menantu baharunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak! Shuib kongsi perbualan terakhir arwah Siti Sarah sebelum ditidurkan - “You jangan nangis... jangan sedih. Ampunkan dosa-dosa I”

Secara peribadi mengenali dirinya sebagai seorang yang baik, comel, pandai membawa diri dan menjaga diri.

SHUIB

PELAWAK, USAHAWAN

Meskipun Salamiah tetap menyerahkan segala keputusan kepada anaknya bagi menentukan wanita pilihan sebagai isteri.

"Soal jodoh Shuib saya serahkan kepada Allah sahaja yang tentukan, Apa-apa pun kita hanya mampu merancang dan Tuhan menentukan," jelasnya.

Salamiah juga mengakui dia merupakan peminat kepada Wan Shamila dan disebabkan itulah berasa teruja ketika berpeluang untuk bergambar bersama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain