suria

”Baik atau buruk saya tanggung sendiri” - Elyana tampil tidak bertudung, enggan ulas demi jaga jiwa sendiri

Elyana tidak mahu keruhkan keadaan dengan sebarang kenyataan lanjut.

TINDAKAN penyanyi Elyana memuat naik foto memperlihatkan dirinya tidak lagi mengenakan hijab pada Sabtu lalu mencetuskan pertanyaan dan spekulasi peminat.

Bagaimanapun kehadiran Elyana ketika mengadakan persembahan di sebuah acara tanpa memakai tudung pada Selesa sekaligus mengesahkan desas-desus penyanyi itu tidak lagi memakai tudung.

Ditemui media pada acara itu, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 35, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tindakannya melepas tudung kerana tidak mahu kisah itu dipanjangkan.

Nama Elyana menjadi sebutan sebelum ini kerana berbalah dengan netizen.

Nama Elyana menjadi sebutan sebelum ini kerana berbalah dengan netizen.

"Saya ambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa. Selagi saya buka mulut, macam-macam cerita yang tidak masuk akal akan timbul.

"Demi menjaga jiwa sendiri, saya tidak mahu terangkan apa-apa," katanya.

Nekad dengan keputusannya itu, Elyana memberitahu dia juga tidak peduli dengan kata-kata kecaman netizen yang akan diterimanya berhubung tindakannya tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas tudung atau gambar lama? Elyana tutup komen Instagram

Sebaliknya kata penyanyi lagu Kalis Rindu ini, apa yang dilaluinya adalah satu proses kehidupan dan tidak pernah menyesal dengan keputusan tersebut.

"Ini adalah proses kehidupan, saya tidak pernah menyesal. Sekarang ini saya buat yang saya fikirkan saya mahu buat. Baik atau buruk saya akan tanggung sendiri.

Selagi saya buka mulut, macam-macam cerita yang tidak masuk akal akan timbul.

ELYANA

PENYANYI

"Selama ini saya pentingkan orang lain sehingga terlupa diri sendiri. Inilah saya. Jika ada boleh terima... Alhamdulillah. Namun jika tidak saya tak boleh cakap apa," jelasnya.

Ahad lalu, menjawab persoalan mengenai perkara berkenaan kepada sebuah portal, Elyana berkata ia adalah gambar lama dan tindakannya memuat naik foto itu kerana tiada bahan baru.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain