suria

Lepas tudung atau gambar lama? Elyana tutup komen Instagram

Perkongsian gambar tidak bertudung menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat.

TINDAKAN penyanyi Elyana memuat naik foto memperlihatkan dirinya tidak mengenakan hijab mencetuskan pertanyaan dan spekulasi peminat.

Menerusi perkongsian itu, Elyana turut mengenakan hoodie yang mempunyai tulisan 'Jadi Diriku' seolah-olah cuba membuat kenyataan tentang penampilan terbaharunya.

Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu bagaimanapun menutup ruangan komen pada gambar tersebut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Elyana memuat naik gambar lama sebelum berhijab atau pun sebaliknya.

El

Elyana menutup ruangan komen di Instagram.

Ini kerana sebelum itu, Elyana ada memuat naik beberapa foto lamanya yang tidak bertudung namun hasil semakan mStar, gambar-gambar itu telah dipadam daripada Instagram.

Sementara itu, sejak kebelakangan ini, Elyana cukup lantang bersuara terhadap segelintir warganet yang menuduhnya sengaja mencari publisiti dengan menjaja kisah derita kanser dihadapinya hampir 12 tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sudah penat berpura-pura” - Elyana mahu ‘hilangkan’ diri, cari semula siapa dirinya

ARTIKEL BERKAITAN: Pendengaran dan penglihatan mula terjejas, Elyana kongsi kesan sampingan 12 tahun lawan kanser

Elyana dalam beberapa siri status Instagram Story melahirkan rasa terkilan dengan segelintir pihak yang menegurnya tanpa adab sehingga kata-kata mereka menguris perasaannya.

"Inilah contoh zaman sekarang. Gunakan nasihat untuk beri lampu hijau mencaci, maki orang. Akhirnya dia kata kita yang tidak boleh terima nasihat," katanya.

El3

Elyana pernah membuat luahan di Instagram Story tentang tuduhan mengatakan dia lupa diri.

Bulan lalu, Elyana pernah memberitahu dirinya bukanlah seorang yang sesuai dijadikan contoh oleh masyarakat apatah lagi dianggap sebagai individu kuat berdepan dengan penyakit kanser.

Elyana ketika muncul dalam live di Instagramnya berkata, dia sudah tidak mampu lagi untuk berpura-pura bahagia dan kuat selain berasa tidak gembira dengan orang yang berada disekelilingnya.

"Selama ini orang anggap saya kuat, tapi sebenarnya tidak. Selama ini saya hanya berlakon menjadi kuat meskipun berpijak di bumi nyata, saya tidak kuat pun.

"Saya sudah penat untuk berpura-pura dan tidak tahu untuk lakukan apa lagi," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain