suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Filem Thor: Love and Thunder tidak ditayangkan di Malaysia, netizen jangka Black Panther terima nasib sama

Ramai penonton kecewa filem Thor tidak ditayangkan di Malaysia.

FILEM yang ditunggu ramai iaitu Thor: Love and Thunder sah tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Pihak pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) mengesahkan perkara tersebut menerusi satu perkongsian di laman sosial mereka pada Khamis.

"Kami ingin maklumkan bahawa pihak Disney sudah mengesahkan bahawa filem Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

thor 2

Sekuel Thor kali ini dikatakan ada unsur LGBT.

"Kami menghargai kesabaran anda dan memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Teruskan membeli cenderahati kami," jelas kenyataan tersebut.

Filem lakonan Chris Hemsworth ini telah beberapa kali ditunda tayangannya di Malaysia berikutan isu yang mengatakan ia mengandungi babak yang mempromosikan hubungan LGBT.

Filem tersebut merupakan sekuel kepada Thor, Thor: The Dark World, Thor: Ragnarok dan menjadi filem ke-29 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

ARTIKEL BERKAITAN: Dua filem Avengers ditayangkan pada 2025

Pengumuman tersebut juga membuatkan ramai peminat kecewa kerana telah lama menantikan tayangan filem ini di Malaysia dan ramai menjangka sebuah lagi filem MCU iaitu Black Panther akan menerima nasib sama.

"Saya sudah jangka sejak awal lagi. Saya tertanya-tanya berapa banyak lagi filem akan terima nasib sama.

Rasanya filem Black Panther pun sama. Tunggu sahaja

NETIZEN

"Pendapat saya Black Panther juga akan disekat. Kenapa perlu ada Disney/Marvel di Malaysia jika ini berlaku.

"Rasanya filem Black Panther pun sama. Tunggu sahaja.

"Ini salah satu sebab berlaku cetak rompak," komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain