suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ashira tetap jalan tanggungjawab sebagai ibu meskipun digelar ‘minah club’

Ashira mengatakan dirinya tetap menjalankan tugas sebagai ibu meskipun digelarkan sebagai 'minah club'.

PENYANYI Ashira seakan meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang menggelarkannya sebagai 'minah club'.

Ashira atau Sharifah Nur Ashira Abdul Aziz, 36, berkata, biarpun dilemparkan dengan gelaran sebegitu, dia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai ibu terhadap anak lelakinya, Megat Shazril Haziq Hadi, 15.

"Minah club yang korang panggil ni, habis kerja kena gosok baju anak ya. Nampak. Kalau betul minah kelab ada tidak buat benda ni," kongsinya.

Untitled design (3)

Perkongsian Ashira terhadap individu yang menggelarkan dirinya sebagai minah club.

Peserta program Gegar Vaganza Musim ketujuh (GV7) berbuat demikian selepas memuat naik video pakaian anaknya ruang Instagram Stories.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashira dan Bad Indigo umum sudah bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Ashira rimas netizen tak habis-habis tanya fasal tudung, tak semua perempuan ‘free hair’ jahat

Terdahulu, media melaporkan Ashira kini bekerja di kelab malam kerana kurang mendapat tawaran persembahan.

Pada masa sama, terdapat juga beberapa perkongsian Ashira di Instagram yang menunjukkan dia membuat bersembahan di sebuah restoran pub di Jalan Tun Razak, Kuala lumpur.

Minah club yang korang panggil ni, habis kerja kena gosok baju anak ya. Nampak. Kalau betul minah kelab ada tidak buat benda ni.

ASHIRA

PENYANYI

Untitled design (2)

Ashira yang merupakan bekas peserta Gegar Vaganza musik ketujuh (GV7).

Kata-kata negatif itu semakin menjadi-jadi selepas dia berpisah dengan penyanyi, Bad Indigo.

Wujud khabar angin mengatakan dia tidak mampu untuk berdepan dengan masalah kesihatan bekas suami.

Bagaimanapun, Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah tampil menepis dakwaaan tersebut dengan mengatakan perpisahan mereka berlaku atas sebab tertentu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain