suria

Ramai generasi muda manja, tak boleh ditegur... Lana Nodin rancang ambil Orang Asli kerja kedai bakeri

Lana tidak mahu pekerja yang malas bekerja.

SUKAR mendapat kakitangan di kedai kek miliknya, pelakon Lana Nodin merancang untuk mengambil Orang Asli sebagai pekerja bagi melancarkan operasi.

Menurut Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, dia enggan melayan karenah segelintir pekerjanya yang suka memberi pelbagai alasan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dituduh buat hidung, rupa-rupanya Lana Nodin pernah kemalangan motor RXZ, perlu ganti plastik secara berkala

ARTIKEL BERKAITAN: Lana Nodin buru netizen tulis komen melampau! Masuk campur isu desak KP Kesihatan letak jawatan

"Bukan saya cerewet pilih pekerja, sebab semua pekerja boleh dilatih. Sekarang ini saya perlukan 10 orang pekerja lagi dan mungkin akan ambil orang asli sebagai pekerja.

Lana Nodin

Pelakon Janna Nick antara selebriti yang hadir di majlis pelancaran kedai bakeri Lana.

"Sebab sekarang ini susah nak cari pekerja. Macam-macam perangai... budak-budak sekarang sangat manja. Bila esok kena tegur sikit, dah tak nak datang kerja.

"Sakit kepala sikit, dah tak boleh kerja. Tak macam kita dulu, tak ada transport tetap cari jalan untuk pergi kerja. Bagi saya, orang bagi alasan macam itu susah nak berjaya," katanya kepada mStar.

Lana ditemui di sidang media Minggu Usahawan Negara 2022 dan Starvendors Kedah Raya Fest 2022 di Grand Malaysia Bazaar, Bukit Bintang City Central (BBCC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pekerja saya cakap, saya ini seorang yang tegas.

LANA NODIN

PELAKON

Pada Mac lalu, Lana berkongsi berita gembira apabila dapat membuka sebuah kedai roti dan kek miliknya iaitu Lana’s Bakery Land.

Menurutnya lagi, Lana’s Bakery Land juga menjual produk bakeri siap dimasak termasuk air tangannya sendiri yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Berkongsi mengenai cara kerjanya, Lana memberitahu dia seorang majikan yang sangat tegas namun dalam masa yang sama boleh menjadi seorang kawan.

Lana Nodin

Lana boleh bergurau dengan pekerja.

"Pekerja saya cakap, saya ini seorang yang tegas. Saya akan bising kalau apa yang mereka buat tidak betul. Tapi bila semua okay, saya boleh saja jadi seperti kawan.

"Boleh bergurau juga. Tapi bab kerja tak betul, memang saya akan tegur... mereka pun dah tahu cara kerja saya macam mana.

"Ramai pekerja yang masih bekerja dengan saya ini memang mereka nak kerja dan menambah ilmu," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain