suria

[VIDEO] Abang tak main taik dik, adik yang gila bayang… Netizen syak Sharnaaz Ahmad perli Shila Amzah

Kapsyen Sharnaaz di media sosial menimbulkan tanda tanya peminat.

GAMBAR serta kepsyen yang dimuat naik oleh pelakon Sharnaaz Ahmad di laman sosial miliknya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Menerusi hantaran tersebut Sharnaaz menyifatkan individu yang digelar ‘adik’ itu sebagai gila bayang atau masih menyukai seseorang yang tidak lagi bercinta dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Masa bercinta dulu dah tahu jalan cerita tak ‘best’, Shila Amzah tak nampak boleh kembali dengan Sharnaaz Ahmad

“Abang tak main taik dik... Adik yang gila bayang,”

“Maaf kalau gambar kurang sopan” tulis Sharnaaz.

Meninjau di ruang komen, rata-rata netizen yang membuat andaian individu yang dimaksudkan Sharnaaz adalah bekas kekasihnya iaitu penyanyi Shila Amzah.

Tak best sampai lari dari rumah menangis

NETIZEN

Ini susulan kenyataan Shila kepada Mstar sebelum ini yang memberitahu tidak akan kembali bercinta semula dengan aktor itu kerana pernah melalui jalan cerita yang kurang menarik ketika menjadi pasangan kekasih.

“Dah pernah bercinta dengan awak... dah tahu jalan cerita tak best.

“Tak best sampai lari dari rumah menangis.

“Macam orang nak sangat kat dia,” demikian antara komen netizen.

sharnaaz 1

Ramai peminat mahu melihat Sharnaaz dan Shila kembali bersama.

Sementara itu, Shila dalam satu perkongsian di laman sosial miliknya berharap tidak ada peminat yang akan membenci dirinya dan terus mendoakan kebahagiaan kedua-dua pihak.

“Benda dah 10 tahun lebih dahulu. Selepas apa yang berlaku saya dan Sharnaaz sama-sama mencari seorang yang lebih baik.

“Tidak semestinya apa yang berlaku masa lalu akan terjadi lagi. Hentikan membenci saya dan doakan kebahagiaan kedua-dua pihak,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sharnaaz Ahmad, Shila Amzah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain