suria

[VIDEO] Bergelek sakan di TikTok, netizen tanya betul ke isteri Caprice kena sihir? Ini komen tuan badan

Netizen tak percaya isteri Caprice terkena sihir sebab masih mampu menari di Tik Tok.

GARA-GARA berjoget sakan di TikTok, pendedahan penyanyi rap Caprice bahawa isterinya, Farra Innalis terkena sihir dipersoalkan netizen.

Tampil menjelaskan perkara itu, Farra berkata, dia enggan menunjukkan keadaan dirinya yang lesu dan tidak selera makan kepada pengikut kerana ia bukan sesuatu yang positif untuk dikongsi kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Caprice bimbang isteri kena ganggu tengah malam, tuntut Najib minta maaf sebelum buat repot polis

"Pertama sekali, sejak akhir-akhir ni saya banyak terima DM daripada korang dan saya baca semua. Ada yang mendoakan, ada juga menceritakan tentang sihir.

"Tapi ada juga netizen yang mula judge saya sebab ‘oh sebab kau tak pakai tudung la kau kena kacau dengan makhluk halus’.

"Ada juga beritahu dekat IG suami kena sihir, tapi dekat TikTok berjoget-joget pula. Eh abang kakak, what do you expect? Awak nak saya tunjuk muka tengah lesu?

"Nak saya bercerita yang saya tak lalu makan apa? Saya tak suka bagi benda negatif pada pengikut saya. Jadi kalau tak ada benda positif, saya diam," kata Farra.

Pada Selasa lalu, Caprice atau Ariz Ramli mendedahkan isterinya berdepan sihir sehingga jatuh sakit dipercayai akibat perbuatan khianat dan rasa tidak puas hati individu tertentu.

Saya tak suka bagi benda negatif pada pengikut saya.

FARRA INALIS

ISTERI CAPRICE

Menerusi perkongsian itu, Caprice berkata mereka sudah mencuba pelbagai kaedah rawatan termasuk secara alternatif namun Farra masih belum menunjukkan tanda positif.

Dalam pada itu, Farra mengakui dia pada awalnya tidak bersetuju dengan tindakan suaminya berkongsi mengenai dirinya mengalami gangguan sihir kepada umum.

"Kalau nak tahu, secara peribadi saya dan suami sangat berbeza. Sebab apa, saya lebih suka simpan sendiri kalau Ariz pula suka bercerita dengan netizen.

Caprice

Caprice bersama isteri dan anaknya.

"Dia suka ambil input daripada netizen-netizen macam kongsi pengalaman... dia suka ambil tahu benda itu. Sebenarnya kami ada berbalahan juga mengenai sihir ini.

"Saya tak nak orang tahu... tak perlu la beritahu semua orang sebab orang tak suka kita itu akan tepuk tangan bila tahu benda itu. Tapi Ariz cakap biarlah, kita ada Allah, kita percaya dengan Allah," ujarnya.

Untuk rekod, Ariz mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal anak satu iaitu Farra pada November tahun lalu.

Farra mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

@elis620 Reply to @nur_medina12

Artikel Berkaitan

Artikel Lain