suria

Ada yang ‘panas’ Aeril Zafrel pakai kereta mewah, dakwa hanya sewa untuk buat ‘content’

Netizen dakwa kereta mewah milik Aeril adalah disewa.

SELEPAS menerima hadiah kereta mewah Lamborghini Aventador daripada isteri, Wawa Zainal, pelakon Aeril Zafrel mendedahkan dia menerima kata-kata negatif daripada netizen yang kurang senang dengan rezeki yang diperolehnya itu.

Aeril, 34, atau nama sebenarnya Suhairul Sunari berkongsi paparan skrin seorang netizen yang mendakwa kereta mewah itu hanya disewa untuk tujuan ‘content’ media sosial semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel dikecam tak tunjuk simpati Kazim Elias mengadu sakit, dakwa tengah berlakon dengan Mawi

“Kalau betul sewa sembang macam beli hak milik kekal, itu menipu namanya. Bagi tahu sahaja jujur nak merasa bawa Ferrari jadi sewa sahaja mampu, InsyaAllah ada rezeki dapat beli. Mesti netizen salute dan doakan.

“Tengok kalau betul mereka sewa ramai je netizen doakan yang baik-baik apatah lagi kalau jujur mesti lagi orang adore. Kenapa perlu nak menipu untuk sebuah content?” tulis netizen berkenaan.

Sementara itu, Aeril pada bahagian kapsyen berkata, dia tidak untung jika berbohong tentang perkara itu.

Kenapa perlu nak menipu untuk sebuah content?

NETIZEN

“Entahlah, apa untungnya aku nak menipu” tulisnya ringkas.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram kepada individu berkenaan yang meluahkan pendapat tanpa mengenali pelakon berkenaan.

Malah, mereka juga menegur netizen tersebut agar tidak masuk campur urusan Aeril dan keluarganya.

aeril 22

Aeril menerima hadiah kereta mewah daripada isterinya.

“Duit dia sendiri kalau betul pun sewa apa salahnya.

“Kalau sewa pun ingat murah ke?

“Biarlah, kenapa nak sibuk dengan content orang?” ujar beberapa netizen.

Sebelum ini, Aeril meluahkan rasa gembira apabila menerima hadiah sebuah kereta mewah Lamborghini Aventador daripada isterinya, pelakon Wawa Zainal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain