suria

Fizi Ali akui sedang mengenali seseorang, sedia ke fasa hubungan lebih serius

Fizi masih dalam fasa berkawan dengan seseorang.

EMPAT bulan bercerai, penyampai radio Suria FM Fizi Ali mengakui dia kini sedang mengenali seorang wanita namun hubungan tersebut masih dalam fasa berkawan sahaja.

Menurut Fizi, 33, dia masih belum memikirkan untuk mempunyai hubungan yang serius buat masa ini tetapi tidak menolak jika dipertemukan jodoh dalam waktu terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fizi Ali tak pernah rancang rujuk Shakilla Khoriri, hanya berhubung sebab anak

“Kalau tanya jujur, ya saya ada kenal dengan seorang wanita ini. Tapi saya tak ada lasampai nak ke arah yang lebih serius sebab hati saya masih kosong kerana anak jauh.

Fizi 1

Hati Fizi kosong kerana berjauhan dengan anak.

“Buat masa ini, apa yang ada saya hanyalah kerja dan kawan. Ini bukan rebound tapi kami memang sekadar kawan sahaja. Kalau nak ke arah lebih serius itu, Alhamdulillah.

“Tapi kalau tak jadi apa-apa pun, mungkin sampai di situ sahajalah. Siapa individu itu dan di mana kami berkenalan... biarlah rahsia,” kata Fizi Ali kepada mStar.

Fizi ditemui ketika majlis berbuka puasa dan tayangan video muzik (MV) lagu raya Suria FM berjudul Pelukan Aidilfitri di Hotel Eastin, Petaling Jaya, pada Isnin.

DM yang saya terima itu berupa kata-kata semangat.

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Untuk rekod, Fizi mendirikan rumah tangga dengan akres Shakilla Khoriri, 32, pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

Disember tahun lalu, Fizi memaklumkan dia dan bekas isterinya Shakilla mengambil keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun brsama.

Dalam pada itu, penyampai radio Suria FM ini mendedahkan dia menerima banyak mesej peribadi (DM) di Instagram, selepas mengumumkan tentang perceraiannya pada penghujung tahun lalu.

Fizi 2

Fizi terima banyak DM beri kata semangat.

Fizi berkata, kebanyakkan mesej yang diterima itu merupakan kata-kata semangat daripada pelbagai individu, termasuk mereka yang sudah berkahwin dan bertunang.

“Jujurnya, ramai DM saya lepas saya cerai. Tunang orang, isteri orang, lelaki pun ada. DM yang saya terima itu berupa kata-kata semangat. Contohnya ‘Fizi janganlah sedih, saya kan ada.’

“Kebanyakan yang DM tu bukanlah kenalan saya. Saya memang tak kenal mereka. Niat mereka pun mungkin bukanlah untuk ‘try’ saya tapi lebih kepada memberi kata-kata semangat,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain