suria

Selepas melamar atas pentas depan peminat, Aedy Ashraf tutup mulut kisah cinta dengan Amelia Henderson

Video Aedy lamar Amelia tular dan mencuri tumpuan ramai.

TINDAKAN pelakon Aedy Ashraf melamar aktres Amelia Henderson untuk dijadikan kekasih secara terbuka di khalayak ramai baru-baru ini mengejutkan ramai.

Namun jika dilihat di media sosial, rata-rata tidak senang dengan perlakuan berkenaan kerana beranggapan ia seperti mengikut budaya barat.

Tambahan pula lamaran itu hanya untuk dijadikan kekasih.

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf melutut lamar Amelia Henderson depan orang ramai, dua tahun ambil masa sebelum luah perasaan

ARIKEL BERKAITAN: Selesa hidup sendiri, Amelia Henderson tiada masa cari pengganti

Justeru mStar cuba mendapatkan reaksi Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 29, tentang hal berkenaan.

Bagaimanapun Aedy memilih untuk mengunci mulut.

"Berkaitan kisah peribadi saya tidak mahu komen," ujarnya ringkas kepada mStar.

aedy ashraff 2

Aedy lebih senang kunci mulut soal cinta

Aedy ditemui ketika sidang media secara atas talian bagi mempromosikan drama baharu berjudul Bila Hati Memilih Dia yang berlangsung pada Selasa.

Baru-baru ini nama Aedy dan Amelia trending di media sosial apabila video aktor berkenaan melutut dan membuat lamaran untuk menjadi kekasihnya viral di TikTok.

Momen itu berlaku ketika kedua-dua mereka hadir memeriahkan festival makanan yang berlangsung di Bukit Jalil.

Bercakap tentang drama terbaharu lakonannya itu, Aedy berkata dia mengambil cabaran menggalas watak sebagai seorang bapa muda yang tidak pernah dia bawakan sebelum ini.

Berkaitan kisah peribadi saya tidak mahu komen

AEDY ASHRAF

PELAKON

"Pada awalnya ketika diberi tawaran berlakon drama ini saya tidak yakin kerana bimbang watak seorang bapa akan terus melekat dalam diri saya.

"Bagaimanapun penerbit percaya untuk saya bawakan dan saya cabar diri untuk melakonkan watak sebegini.

"Selepas ini saya akan terbuka untuk menerima tawaran watak sebagai seorang bapa tetapi tidaklah yang terlalu berusia. Jika ada anak yang masih kecil dalam lakonan apa salahnya," jelasnya.

Dalam drama ini Aedy bergandingan dengan Eyka Farhana dan pelakon kanak-kanak Maryam Annisa.

aedy ashraf 3

Ambil cabaran membawa watak sebagai bapa dalam drama baharu

Sebagai pelakon yang mula bergiat aktif sejak usia muda, Aedy turut berkongsi pengalaman dengan Maryam untuk beraksi di hadapan kamera.

"Berlakon bersama Maryam mengingatkan saya pengalaman bekerja di set penggambaran ketika berusia lima tahun dahulu.

"Dengan pengalaman yang ada saya cuba untuk beri input kepada pelakon kanak-kanak supaya dia lebih faham untuk berlakon," katanya.

Drama Bila Hati Memilih Dia ditayangkan bermula 28 Mac di slot Samarinda saluran TV3 selain secara penstriman di iQiyi.

Pelakon lain yang turut terlibat adalah Zila Bakarin, Gambit Saifullah dan Shahz Jaszle.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain