suria

Rumah tangga Mawi disangka bermasalah… Ekin jawab punca tak teman ke pelancaran filem

Tekanan habat buat Ekin apabila dua ujian menimpa

GARA-GARA isteri tidak hadir ke majlis pelancaran filem Rabu lalu, rumah tangga penyanyi dan penerbit Mawi pula dituduh bermasalah.

Isterinya, Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat mengakui tertekan dengan spekulasi yang disebarkan segelintir pihak tanpa usul periksa.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawi bukukan kisah suka duka bergelar bintang popular, harap dapat jadi sumber inspirasi

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu ramai kata dia akan kikis duit sampai aku tinggal spender!” - Mawi puji Ekin, dapat hadiah set kamera mahal sempena Hari Bapa

Lebih parah, fitnah itu tersebar ketika dia berdepan ujian apabila anaknya Cahaya Malaika, 10, disahkan positif Covid-19.

“Bayangkan dua perkara terjadi dalam waktu yang sama. Ia memang beri tekanan teruk kepada saya.

ekin 3

Ekin memaklumkan anaknya kini dalam keadaan stabil

“Awalnya memang boleh diamkan sahaja, tetapi apabila semakin ramai yang bertanya, adakah rumah tangga saya dan Mawi bermasalah, saya mula rasa tertekan.

“Sebelum lebih ramai buat cerita tidak betul atau timbul sebarang spekulasi, eloklah saya jelaskan kepada semua,” ujar Ekin kepada mStar.

Hanya kerana saya tidak menghadiri majlis tersebut, orang sudah buat andaian yang buruk

EKIN

SELEBRITI

Terdahulu, Ekin berkongsi hantaran di media sosial menceritakan dirinya mengalami mental breakdown selepas dihujani banyak soalan daripada rakan-rakan dan pengikut Instagram.

Sementara itu Ikin berkata, hubungan dia dan Mawi berjalan seperti biasa malah mereka juga tidak pernah berkongsi apa-apa berkaitan masalah rumah tangga di laman sosial.

“Hanya kerana saya tidak menghadiri majlis tersebut, orang sudah buat andaian yang buruk.

ekin 1

Mawi memberi kekuatan saat Ekin tertekan

“Mereka tidak tahu bagaimana keadaan saya tertekan yang tidak dapat pegang anak kerana kuarantin di dalam bilik selepas disahkan positif Covid-19.

“Rasa sedikit lega apabila dapat menjelaskan keadaan sebanar. Barulah orang faham apa yang saya lalui,” katanya.

Ekin dan Mawi mendirikan rumah tangga pada Disember 2008 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cahaya Malaika, 10.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ekin, Mawi, Covid-19

Artikel Berkaitan

Artikel Lain