suria

Gelek Danial Zaini tiru M Daud Kilau menjadi... Tiro juara Maharaja Lawak Mega 2021

Tiro yang dianggotai Sharif, Syaiful dan Danial Zaini membawa pulang wang tunai RM500,000 berserta trofi.

KUMPULAN Tiro muncul juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Jumaat malam.

Kemenangan itu melayakkan Tiro yang dianggotai Sharif, Syaiful dan Danial Zaini membawa pulang wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Pada persembahan kedua bertemakan muzikal komedi, Tiro berjaya menggamatkan PICC menerusi persembahan bertenaga apabila Danial tampil meniru gaya dan nyanyian penyanyi veteran dengan jolokan Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau.

Mengangkat tema memartabatkan budaya Malaysia di mata dunia, persembahan Tiro turut menerima standing ovation daripada barisan juri iaitu Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle serta Noh Salleh.

268944023_1103074837128814_8184239826610036195_n

Persembahan mantap kumpulan Puteh.

Sementara itu tempat kedua pula menjadi milik kumpulan Puteh yang dianggotai Mamak, Vicha dan Ali.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Sementara Boro yang dianggotai oleh Achey, Atu dan Fad mendapat tempat ketiga dan melayakkan mereka membawa pulang RM150,000 berserta trofi.

Dalam perkembangan sama, kumpulan Bahye dan Tobat masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima turut membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.

269076561_253659583371206_9095795504669671720_n

Boro yang dianggotai oleh Achey, Atu dan Fad mendapat tempat ketiga.

Pada pertandingan akhir itu, kesemua peserta perlu membuat dua persembahan iaitu bertemakan bebas dan muzikal komedi.

Datuk Rosyam Nor dipilih sebagai ketua juri dengan dibantu Noh Salleh, Uqasha Senrose, Diana Danielle dan bersama Shaarnaz Ahmad sebagai juri yang diberi nama Sang Bara.

Juri profesional menyumbang markah sebanyak 70 peratus kepada peserta.

Manakala 30 peratus markah lagi berdasarkan undian penonton yang dilakukan secara dalam talian.

MLM 2021 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan disiarkan nenerusi Astro Warna HD (107) dan juga boleh distrim melalui Astro GO dan On Demand.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain