suria

Gmie Screen meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang berlubang

Gmie sebelum ini dilaporkan berdepan penyakit buah pinggang bocor.

PEMINAT industri seni dikejutkan dengan khabar duka pemergian penyanyi Gmie Screen kira-kira pukul 2.30 pagi Jumaat pada usia 50 tahun.

Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya Hajimi Ibrahim meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang akibat penyakit buah pinggang berlubang.

ARTIKEL BERKAITAN: Arwah Gmie Screen minta keadaan kesihatannya dirahsiakan, tak benar kawan datang melawat ketika sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Populariti Mendadak, Gmie Mula Dikunjungi Saudara-Mara

Menurut anaknya, Siti Hadirah, Allahyarham mengadu kurang sihat dan hilang selera makan sejak beberapa hari lalu.

Tambah Hadirah, bapanya juga pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans.

Screen Shot 2021-12-10 at 9.33.09 AM

Gmie menyertai GV3 pada tahun 2016.

“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat juga membuat panggilan video.

“Bagaimanapun, dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor menghubungi kami memaklumkan abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir,” ujarnya seperti dipetik Awani.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Medan Sijangkang kira-kira pukul 10.30 pagi Jumaat.

Allahyarham meninggalkan isteri, Siti Royani Gumari dan lima anak.

Sekitar awal April lalu Gmie media melaporkan mengalami penyakit buah pinggang bocor.

Gmie popular bersama kumpulannya Screen sekitar tahun 90-an dan mencipta nama menerusi lagu Tak Suka Tak Apa.

Allahyarham kemudian kembali popular selepas menyertai program realiti Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) pada tahun 2016.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain