suria

Pereka fesyen baju kahwin Caprice kunci mulut sejak September... Siap suruh kosongkan butik ketika temujanji takut ‘kantoi’

Davis (baju hitam) teruja dapat hasilkan busana istimewa di hari bahagia Caprice.

LEBIH sebulan menyimpan rahsia, pereka fesyen Davis Paul Lister lega apabila dapat berkongsi foto berkaitan baju pengantin yang direka khas untuk penyanyi rap Caprice dan isterinya Farra Inalis atau lebih mesra disapa Elis.

Menjadi orang pertama yang mengetahui mengenai perkahwinan selebriti sensasi ini, pemilik butik DPLKL ini mendedahkan dia diminta mengunci mulut mengenai hal ini sejak 29 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Caprice kahwin senyap-senyap

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice nak ajar anak tiri cakap bahasa Inggeris, peminat bergurau panggil ‘Daddy Cap’

"Caprice mesej saya di Instagram dahulu bertanyakan mengenai baju kahwin dan pada 1 Oktober dia datang ke butik saya yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

"Sayalah orang pertama yang tahu dia nak kahwin. Sebelum dia datang untuk perbincangan dia minta saya kosongkan butik tapi memandangkan butik kami memang sentiasa kosong dan hanya untuk client yang ada temujanji, jadi tak ada masalah tentang hal itu.

"Tak silap saya dia dan Elis datang ke butik selepas Maghrib dan kami berbincang mengenai rekaan baju yang dimahukan. Sebenarnya pemilihan DPLKL adalah atas permintaan Elis, Caprice hanya ikut sahaja. Saya pun sebelum ini tak pernah kenal kedua-duanya, jadi pertemuan malam itu adalah pertama kali," katanya ketika dihubungi mStar.

baju caprice 2

Sesi perbincangan, ukuran baju dan fitting dilakukan secara tertutup di butik DPLKL.

Sementara itu, Davis berkata perbincangan mengenai busana itu diadakan secara tertutup dan Elis menyerahkan sepenuhnya kepadanya untuk menentukan rekaan terbaik bagi meraikan hari bahagia pasangan itu.

Mengakui tidak sukar bekerjasama dengan pasangan ini, Davis berkata Caprice dan isteri sangat merendah diri dan tidak cerewet mengenai pemilihan busana.

Badan Elis pun dah macam model, tinggi, ada rupa dan berkulit cerah jadi tak sukar untuk menghasilkan baju pernikahan mereka itu.

DAVIS PAUL LISTER

PEREKA FESYEN

"Kali pertama jumpa kami dah mesra, Elis orang Kelantan dan saya pun memang dari pantai timur jadi selesa bercakap bahasa Kelantan. Dia sangat mesra... cuma Caprice minta saya tutup mulut tentang perkahwinan ini.

"Elis seorang yang simple... memandangkan Caprice sering menjadi tumpuan jadi saya tak mahulah rekaan baju kahwin itu terlalu sarat. Saya ikut sahaja permintaan Elis, dalam masa sama kami kekalkan identiti wanita Melayu dan olah rekaan mengikut signature DPLKL dan akhirnya itulah hasilnya.

"Dalam masa seminggu dah siap baju kedua-dua pengantin. Badan Elis pun dah macam model, tinggi, ada rupa dan berkulit cerah jadi tak sukar untuk menghasilkan baju pernikahan mereka itu... saya pula hanya jalankan tugas untuk memastikan pengantin nampak cantik," ujarnya.

baju caprice 4

Davis tunjuk mesej pertama diterima daripada Caprice di Instagram.

Menerima pujian netizen di laman sosial, Davis berkata ramai pihak menghubunginya menyatakan minat untuk mendapatkan baju kahwin daripada butiknya.

Tanpa berselindung, Davis memberitahu pakaian yang dihasilkan olehnya masih dalam anggaran harga mampu milik dan tidak membebankan untuk mereka yang mahu kelihatan anggun dan cantik di hari bahagia.

"Selepas viral Caprice kahwin banyak juga orang bertanya mengenai baju kahwin kami. Sebelum ni job tetap ada, cuma apabila buat baju Caprice ni lebih terbuka sebab orang nampak, kira macam bonus la untuk orang lebih mengetahui brand kami.

baju caprice 3

Davis terima banyak pertanyaan daripada bakal pelanggan selepas tular foto perkahwinan Caprice.

"Kalau nak baju macam itu tak mahal pun, dalam anggaran harga kos RM5,000 untuk pengantin perempuan dan baju Melayu lelaki dalam RM1,800.

"Tak perlu keluarkan kos mahal untuk nampak cantik, saya buat baju untuk mereka sama sahaja macam pelanggan lain mengikut pilihan rekaan, material kain dan sebagainya atas permintaan pelanggan sendiri," katanya.

Pada petang Isnin, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, 33, selamat diijab kabul dengan wanita berstatus ibu tunggal anak satu berusia 26 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain