suria

Membesar dengan kartun Anak-Anak Sidek... Nabil Ahmad dapat ilham teroka bidang animasi

Nabil kongsi pengalaman hidupnya menerusi siri animasi Lu Pikir La Nabil.

SELEPAS berjaya dalam bidang pengacaraan dan komedi, pelawak terkenal Nabil Ahmad mengorak langkah baharu dengan menceburi bidang animasi.

Biarpun kini hanya disiarkan di YouTube, Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad, berharap siri kartun animasi berjudul Lu Pikir La Nabil terbitannya dapat ditayangkan di televisyen suatu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nabil Ahmad, isteri padam foto lama... pemergian Siti Sarah beri kesan mendalam - “Ujian paling besar setakat ini nak kekal istiqamah”

"Alhamdulillah... memang macam tak percaya dah ada siri animasi sendiri. Penonton pun beri respons yang sangat baik.

"Buat masa ini siri ini hanya disiarkan di YouTube tapi saya mengharapkan ia dapat dibawa pula ke kaca TV pula.

Nabil 1

Siri animasi itu disiarkan di YouTube.

"Memang saya sangat teruja dan gembira sebab jadi yang pertama keluarkan siri animasi tapi ikutkan abang Imuda pun pernah keluarkan filem animasi.

Selalu orang buat biografi atau cerita tapi saya berfikir apa cara lain untuk saya kongsi pengalaman hidup saya dari kecil.

NABIL AHMAD

PENGACARA

"Jadi, sedikit sebanyak, filem dia itu memberikan inspirasi kepada saya," kata Nabil kepada mStar.

Episod pertama animasi Lu Pikir La Nabil telah dilancarkan pada 14 Oktober manakala episod akhir pada 4 November lalu.

Siri tersebut juga mempunyai episod khas yang akan ditayangkan pada pukul 9 malam, Khamis di saluran YouTube.

Nabil 2

Nabil teruja dengan siri animasi Lu Pikir La Nabil.

Dalam pada itu, pengacara berusia 38 tahun ini memberitahu dia mendapat ilham selepas mengimbau kenangan membesar dengan siri animasi Usop Santorian dan Anak-Anak Sidek.

"Selalu orang buat biografi atau cerita tapi saya berfikir apa cara lain untuk saya kongsi pengalaman hidup saya dari kecil.

"Saya teringat masa kecil, saya suka tengok cerita Usop Sontorian dan Anak-Anak Sidek. Satu hari itu saya terfikir untuk buat kartun sendiri.

"Sebab rasanya masih belum ada selebriti yang buat. Saya pun banyak mencuba pelbagai bidang seni. Jadi, ini juga salah satu percubaan baharu saya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain