suria

“Hamil atau tidak, Yusuf tak benarkan saya angkat benda berat” - Zizi Kirana tak kecil hati status Diva AA sindir kahwin ‘pucuk muda’

Zizi tidak ambil hati dengan status yang dimuat naik Azwan Ali.

PENYANYI Zizi Kirana tidak berasa kecil hati atau tersinggung dengan status pengacara sensasi Azwan Ali yang mempersoalkan sama ada dia kini sudah berbadan dua.

Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, menganggap kata-kata Azwan Ali itu sebagai satu doa untuk dirinya dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana terkejut bangun tidur nampak Yusuf Bahrin, malu-malu cerita pengalaman jadi isteri - “Nak solat pun tiba-tiba ada imam!”

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu macam harimau, sekarang manja seperti kucing... Yusuf Bahrin berjaya lembutkan hati Zizi Kirana - “Walau berbeza usia tapi dia sangat matang”

"Sejujurnya, saya tak ada pun terasa hati atau kecil hati dengan status Diva AA itu. Malah, saya rasa dia seorang yang kelakar.

"Tak ada apa pun nak dimarahkan dengan kata-kata dia. Lagipun, bagi saya kata-kata itu satu doa. Mungkin dia mendoakan saya untuk dikurniakan zuriat.

"Insya-Allah apa-apa pun, doakan yang baik-baik untuk saya dan suami," kata Zizi ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Zizi 2

Status yang dimuat naik Azwan Ali atau Diva AA.

Zizi berkata demikian ketika mengulas perkongsian status Azwan Ali atau Diva AA di Twitter berhubung artikel berbunyi ‘Zizi Kirana tak boleh buat kerja berat, Yusuf Bahrin pegang sabar kunci kebahagian’.

Menerusi perkongsian itu Azwan bertanya sama ada tindakan Yusuf melarang Zizi melakukan kerja berat disebabkan penyanyi itu sedang hamil.

Perempuan memang tidak digalakkan untuk angkat barang berat.

ZIZI KIRANA

PENYANYI

"Kau dah lekat ke nyah? Kuat drama hot kau? Kan? Dah dapat pucuk muda? Laju ek kau? Kau rasa?" tulis Azwan.

Zizi sah bergelar isteri kepada aktor Yusuf Bahrin, 29, dengan sekali lafaz pada 19 September lalu di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Zizi 1

Yusuf melarang Zizi melakukan kerja berat.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Eh ini menjelaskan kenyataan dia dilarang melakukan kerja berat bukan disebabkan sedang hamil.

"Berkenaan saya tak boleh nak buat kerja berat itu bukanlah fasal mengandung saja. Hamil atau tidak, Yusuf memang tidak benarkan saya angkat benda berat.

"Lagipun, perempuan memang tidak digalakkan untuk angkat barang berat. Kalau sebelum ini, semua benda saya buat sendiri.

"Kerja-kerja berat pun saya buat sendiri sebab tinggal seorang diri. Tapi bila dah kahwin, suami pula tolong," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain