suria

Ewal selamat bertunang dengan adik Rody Kristal, rancang kahwin akhir tahun

Ewal dan Adda melangsungkan majlis pertunangan secara tertutup pada Jumaat.

SELEPAS empat bulan menjalin hubungan cinta, penyanyi Ewal selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya iaitu Nur Syuhada Baharuddin pada Jumaat.

Ewal atau nama sebenarnya Ikhwan Hafiz Ismail, 29, bersyukur apabila majlis yang dirancang berjalan dengan lancar mengikut prosedur operasi standard SOP yang ditetapkan.

"Perasaan sangat bersyukur dan teruja rasa lain. Alhamduillah semua berjalan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan bercinta, Ewal rancang tamat zaman bujang akhir tahun ini - “Perkahwinan pertama mestilah nak ada majlis”

"Sebab kita masuk ke fasa yang lebih matang untuk mengemudi satu nakhoda yang besar.

"Jadi ombak badai tu kena get ready la. InsyaAllah kalau betul caranya akan menjamin kebahagiaan di masa akan datang," katanya kepada mStar.

ewal 2

Ewal dan Adda bercadang untuk menikah hujung tahun ini sekiranya diberikan rezeki awal.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga Ewal dan Nur Syuhada, 33, dengan SOP ketat.

Ujar Ewal, majlis dilangsungkan di rumah Rody Kristal iaitu abang kandung kepada Nur Syuhada di Balakong, Selangor.

"Untuk majlis betul-betul family sahaja yang datang tidak melebihi 10 orang. Hanya keluarga saya dan Adda (Nur Syuhada).

Cadangan kahwin dalam tahun ni tapi tengok sekiranya tiada aral melintang jika ada rezeki.

EWAL

PENYANYI

Tambah Ewal, mereka merancang untuk melangsungkan pernikahan hujung tahun ini jika diberikan rezeki awal.

"Cadangan kahwin dalam tahun ni tapi tengok sekiranya tiada aral melintang jika ada rezeki.

224247132_374355070787284_5721824475735734112_n

Ewal dan Adda telah 15 tahun berkenalan.

"Kalau tak ada rezeki kita akan cari tarikh yang betul-betul sesuai sebab sekarang pun dalam keadaan pandemik ni kita tak boleh nak jangka.

"Sekarang banyak benda tak boleh buat. Lebih baik selesaikan semua benda wajib dulu lepas itu baru plan buat majlis," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI
Ewal, Adda, bertunang

Artikel Lain