suria

Selalu ikut ibu buat persembahan... impian polis viral Dian Sulastrie nak jadi penyanyi akhirnya tercapai!

Dian Sulastrie meminati bidang nyanyian selepas mengikuti ibu membuat persembahan.

BERJAYA mencipta nama selepas menyertai program Suara Viral 2020, penyanyi yang juga merupakan Sarjan French Horn Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Dian Sulastrie kini tampil dengan lagu pertama berjudul Sentuhan Abadi.

Menurut Dian, dia sememangnya sudah meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi dan kerap melakukan persembahan di majlis melibatkan PDRM memandangkan bapanya seorang anggota polis.

Mendapat sokongan penuh oleh Ketua Pengarah Muzik Pancaragam Pusat PDRM, Dian mendedahkan dia juga berkebolehan menyanyikan lagu dalam beberapa bahasa lain selain bahasa Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis viral Soffwany Yusoff, abang 'rider' antara 10 peserta yang bakal berentap di Suara Viral!

"Secara kebetulan, bapa saya juga seorang anggota polis dan dengan bakat yang ada, saya sudah mula menyanyi dalam majlis-majlis melibatkan PDRM.

Sebagai penyanyi Kombo PDRM, saya bukan sahaja perlu menyanyi dalam bahasa Melayu tetapi juga dalam bahasa-bahasa lain!

DIAN SULASTRIE

PENYANYI

"Sebagai penyanyi Kombo PDRM, saya bukan sahaja perlu menyanyi dalam bahasa Melayu tetapi juga dalam bahasa-bahasa lain kerana turut membuat persembahan di depan diplomat-diplomat asing.

"Ketua Pengarah Muzik saya amat menyokong penuh kerana secara tidak langsung dapat membantu menaikan nama Pancaragam Pusat PDRM kerana memiliki penyanyi yang berbakat untuk ditonjolkan bukan hanya dalam pasukan PDRM," katanya.

Dian Sulastrie mula meminati bidang nyanyian selepas mengikuti ibunya membuat persembahan.

Selain berkhidmat bersama PDRM, Dian juga mahu serius dalam bidang nyanyian.

Video muzik (MV) lagu ciptaan Chevy Amry itu sudah dilancarkan di saluran YouTube sejak 12 Disember tahun lalu dan kini mendapat hampir 18,000 tontonan.

Dalam pada itu, Dian memberitahu minat menyanyi mula timbul apabila dia sering mengikut ibunya membuat persembahan di RTM Sabah sejak kecil lagi.

Dian juga sering dijemput untuk Majlis Formal AseanaPOL Dalam & Luar Negara, Majlis Diraja, Majlis Formal Dalam Malaysia serta Majlis Lawatan Duta-Duta Luar Negara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Dian Sulastrie, Suara Viral 2020,

Artikel Lain