suria

[VIDEO] Siti Sarah hadir dalam mimpi anak ketiga, Shuib berharap dapat peluang sama - “Matin nampak ibu balik rumah bawa Ayash... tapi ibu diam je”

IBU datang... balik rumah bawa Ayash.

Itu antara cerita dari mulut cahaya mata ketiga Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang baru berusia enam tahun.

Menurut bapanya yang juga pelawak Shuib Sepahtu, hal itu dikongsikan saat dia sedang memandikan anaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Ada sesuatu arwah cuba sampaikan” - Shuib baru sedar Siti Sarah seperti bagi ‘hint’ dalam nyanyian terakhir... pandangannya sangat istimewa

"Tadi masa mandikan Matin, tiba-tiba cakap dia mimpi ibu.

"Saya cakap (dalam hati)... alamak seronoknya, aku ni minta (mimpikan arwah) tak dapat-dapat.

"Matin cerita lagi... mimpi ibu datang balik rumah bawa Ayash. Bagi Matin pegang Ayash, Tapi ibu diam je tak cakap apa-apa," kata Shuib.

125922553_766796187206513_2004888731440185920_n

Gambar kenangan Shuib dan anak-anak bersama Allahyarham Siti Sarah.

Shuib berkongsi tentang kejadian berkenaan pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk arwah Siti Sarah pada Khamis malam.

Akui 'cemburu' mendengar cerita Matin, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata dia sempat berpesan kepada anaknya andai kejadian mimpi itu berulang lagi.

"Saya beritahu dia, nanti kalau Matin mimpi lagi, beritahu ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy... rindu sangat nak jumpa dia.

"Sebenarnya sejak Isnin saya berdoa minta sangat-sangat untuk jumpa dia dalam mimpi.

Saya beritahu dia, nanti kalau Matin mimpi lagi, beritahu ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy... rindu sangat nak jumpa dia

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK



"Tapi dia tak nak datang... rupa-rupanya Allah salurkan melalui orang lain," katanya.

Dalam pada itu Shuib berkata dia juga menerima mesej daripada seorang wanita yang mengakui turut bermimpi melihat arwah isterinya.

"Ada seorang hamba Allah WhatsAppa saya, orang yang mesej tu cakap... saya mimpikan arwah pada Selasa malam. Saya tak cerita pun dekat suami lagi. Tapi nak cerita dengan Shuib dulu.

"Dia cakap... Ya Allah saya terkejut sangat, saya mimpi Sarah menyanyi depan ramai orang.

"Saya tak pasti kebetulan ke apa, tapi ramai sangat tengok Sarah menyanyi... performance dia hebat betul," demikian menurut Shuib seperti yang diceritakan wanita berkenaan kepadanya.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Selain Ariq Matin, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Untuk rekod, Ayash dikeluarkan dari kandungan Siti Sarah melalui pembedahan yang diadakan pada 6 Ogos lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain