suria

Ada makhluk muncul belakang kru, Zahiril Adzim hilang fokus ketika penggambaran filem ‘Ada Hantu’ - “Kamera rosak... cermin kereta pecah”

Zahiril cerita pengalaman mistik ketika penggambaran filem Ada Hantu.

PELAKON Zahiril Adzim berkongsi detik cemas apabila berdepan pengalaman seram ketika menjalani penggambaran filem Ada Hantu di sebuah banglo terbiar pada Disember tahun lalu.

Menceritakan kejadian seram itu, Zahiril atau nama sebenarnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 37, berkata, dia menerima gangguan yang agak teruk pada hari terakhir penggambaran.

Kata Zahiril, bermula usikan ringan, entiti itu semakin lama semakin berani munculkan diri di hadapannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shera Aiyob dan Zahiril Adzim bercuti di Jepun, netizen luah kebimbangan dijangkiti Covid-19 - “Jika demam, batuk atau selsema kami akan terus ke hospital”

“Masa hari terakhir penggambaran, saya kena kacau secara maksimum... benda tu muncul depan mata saya!

“Mula-mula dia kacau sikit-sikit, kacau kamera sampai rosak, cermin kereta pecah dan semakin lama makin teruk sehingga dia munculkan diri.

zahiril

Selain Zahiril, Hairul Azreen, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi dan Elvina Chua turuti membintangi filem Ada Hantu.

“Saya nampak entiti itu muncul di belakang kru,” katanya kepada mStar.

Suami kepda pelakon Shera Ayob ini ditemui ketika sidang media filem Ada Hantu yang diadakan secara maya pada Khamis.

Menurut Zahiril, bukan dia sahaja yang mengalami kejadian misteri itu, malah beberapa kru terlibat juga menerima gangguan yang sama.

“Selepas itu saya nampak entiti itu dekat tangga dan secara spontan saya mengucapkan Allahuakbar.

Saya nampak entiti itu muncul di belakang kru

ZAHIRIL ADZIM

PELAKON

“Kemudian bila saya keluar balik, ada seorang kru tegur dan bertanya tentang itu. Dia juga memberitahu melalui perkara sama sepanjang penggambaran” ujarnya.

Bercerita lanjut tentang pengalaman seram itu, Zahiril berkata, kakinya terseliuh selepas menjayakan babak menendang pintu.

Ceritanya, dia seolah-olah merasakan terdapat sesuatu benda besar yang tiba-tiba menolak pintu itu dengan kuat sehingga tendangannya tersasar.

“Ada satu scene ni saya dikehendaki melakonkan satu babak menendang pintu dan melompat. Namun, ketika saya buat babak itu, saya rasa seperti ada satu benda besar yang tiba-tiba menolak pintu dengan kuat.

image002

Ada Hantu akan ditayangkan di platform Disney+ Hotstar bermula Jumaat.

"Saya ingatkan mungkin beberapa pekerja produksi yang menolak pintu itu, tapi tak ada siapa buat pun dan disebabkan fokus sudah terganggu saya tersasar apabila mendarat selepas melompat. Kaki saya terasa sakit seperti terseliuh.

“Saya rahsiakan perkara ini sehingga kami sampai di hostel,” ujarnya,

Zaharil berkata, dia hanya berfikiran positif kerana ketika itu masih bekerja dan bersyukur dapat menyelesaikan penggambaran itu pada masa yang dijadualkan.

Selain Zahiril, filem arahan pertama pelakon Hairul Azreen ini juga dibintangi oleh Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi dan Elvina Chua.

Ada Hantu akan ditayangkan di platform Disney+ Hotstar bermula Jumaat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain