suria

Hantar lukisan patriotik anda, menang sebahagian RM4,000 di Perarakan Merdeka Suria x KL Sketch Nation

Kempen Perarakan Merdeka bersama Suria FM x KL Sketch Nation.

SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64, stesen radio Suria FM bersama KL Sketch Nation menganjurkan Perarakan Merdeka Suria x KL Sketch Nation pada 31 Ogos depan.

Kempen ini memberi peluang kepada pendengar untuk memenangi sebahagian RM4,000 dan hadiah eksklusif daripada Suria FM.

Caranya senang sahaja, anda hanya perlu menghantar lukisan atau ilustrasi unik karakter mengikut template dan tema patriotik yang telah disediakan.

Cara-Cara

Cara-cara menyertai kempen Perarakan Merdeka.

Terdapat sembilan tema akan dimuatnaik di laman web suria.my/perarakanmerdeka2021 sebagai rujukan kepada pendengar yang ingin menyertai pertandingan ini.

Sehingga kini, tiga tema patriotik telah dimuatnaik iaitu Olimpik, Patriotik dan Adiwira yang telah dimuat naik di laman web berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Apa yang menarik, karya yang menang akan dipamerkan menjadi salah satu kontinjen yang berarak di dalam Perarakan Merdeka Suria x KLSketchNation di semua platform digital Suria dan KL Sketch Nation.

Jangan tunggu lagi, jom kita semarakkan dan tunjukkan cinta terhadap Malaysia dengan menjadi sebahagian daripada perarakan animasi virtual ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain