suria

Belum apa-apa Nabil dah janji bonus, pelakon dan kru ‘Mat Bond Malaya’ bakal dapat habuan - “Masa ni la kita cuba nak bantu”

Buat kali pertama Nabil Ahmad tampil sebagai pengarah dalam filem Mat Bond Malaya.

MENYEDARI pekerja industri seni terus terbeban dengan masalah kewangan, pelawak Nabil Ahmad tampil menjanjikan imbuhan atau bonus kepada barisan pelakon dan kru yang terlibat dalam filem Mat Bond Malaya arahan pertamanya.

Menurut Nabil, 38, dia akan mengotakan janji berkenaan jika filem yang menampilkan penyanyi Naqiu dan Elizabeth Tan sebagai teraju utama itu berjaya mengutip jumlah kutipan pecah panggung di saluran Astro First.

"Saya pernah janji kepada mereka jika filem ini cecah kutipan pecah panggung RM20 juta di pawagam, saya akan bayar lagi jumlah yang pernah dibayar sebelum ini. Maknanya mereka akan dibayar dua kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Ahmad mohon diberi kekuatan berdakwah kepada rakan artis - “Mereka semua baik tapi tiada kejayaan kalau tak ikut sunnah”

"Namun impian tu tak boleh dilaksanakan. Tapi Saya dah bincang juga dengan rakan kongsi, kalau filem ni berjaya hit RM10 juta di Astro First... kita akan bagi juga," katanya kepada mStar.

Dia berkata demikian pada sidang media filem Mat Bond Malaya yang diadakan secara maya pada Jumaat.

nabilll
Nabil Ahmad janji akan beri ganjaran yang lumayan kepada crew dan pelakon.

Ujar Nabil lagi, sebagai salah seorang penggiat seni dia faham tentang kepayahan yang dilalui pekerja industri kreatif.

"Tambahan pula dalam keadaan sekarang ni kru belakang tabir kehilangan punca pendapatan.

"Jadi masa ni la kita cuba nak bantu balik mereka yang terkesan," katanya.

Kalau dapat balik modal tu, saya nak guna untuk projek seterusnya sebab saya ada lagi dua atau tiga skrip.

NABIL AHMAD

PELAKON

Bercerita mengenai Mat Bond Malaya yang bakal menemui penonton mulai 20 Julai ini, Nabil berkata dia meletakkan harapan yang tinggi terhadap filem pertama arahannya itu.

"Memang sangat-sangat merisaukan, kita bukan sahaja meletakkan usaha tapi kita letak duit. Memang bimbang kalau tak dapat kumpul semula.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Poster_Mat Bond Malaya
Filem pertama arahan Nabil Ahmad.

"Saya sendiri keluar duit simpanan untuk cerita ni, saya punya expectaion memang tinggi.

"Kalau dapat balik modal tu, saya nak guna untuk projek seterusnya sebab saya ada lagi dua atau tiga skrip," katanya.

Selain Naqiu dan Elizabeth Tan, Mat Bond Malaya turut dibarisi pelakon Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain