suria

Kasut Aliph x Search ‘limited edition’ tak ‘legit’? Peniaga didakwa guna nama Search tanpa kebenaran

Search minta pihak berkenaan hentikan penggunaan nama kumpulan mereka dalam mengaut keuntungan.

MENGGUNAKAN nama kumpulan Search untuk mengaut keuntungan tanpa kebenaran, bekas penyanyi kumpulan tersebut iaitu Amy, pemain bass, Nasir dan waris keluarga pemain dram, Allahyarham Yazit memberi amaran kepada Mozylir Mokhtaruddin dan syarikat, Home of Champions atas tindakan tersebut.

Menerusi satu kenyataan kepada mStar, mereka meminta individu berkenaan berhenti penggunaan nama Search dalam penjualan pakaian dan aksesori di beberapa platform digital.

Individu dan syarikat berkenaan didakwa menggunakan nama 'fenomenasearch' melalui laman web serta menggunakan alamat emel yang memakai nama domain fenomenasearch.com.

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah Amy Search tak muncul di pengebumian Yazit, ada komitmen kerja di Indonesia

Ini termasuk penjualan pakaian dan aksesori menggunakan nama Search atau imej yang berkaitan dengan Search melalui laman web itu, Facebook, Instagram dan Shopee selain menjual kasut Aliph x Search - Edisi 2021 atas dasar penjualan terhad kepada 999 unit.

Anak Amy iaitu Nabila Huda turut menyuarakan rasa kurang dengan tindakan individu berkenaan menjual kasut menggunakan nama Search di Instagram.

"Kami sudah mengambil nasihat guaman dan mengeluarkan tuntutan terhadap Mozylir dan Home of Champions untuk menghentikan kegiatan itu," katanya dalam kenyataan yang dihantar pada Khamis.

Anggota Search bersetuju untuk memastikan hak-hak Yazit kepada nama Search dan kerja-kerjanya untuk Search sejak tahun 1981 akan diberikan kepada waris-warisnya!

KUMPULAN SEARCH

Dalam pada itu, ketiga-tiga ahli kumpulan ini turut menjelaskan mengenai persetujuan bersama untuk menjaga hak Yazit walaupun selepas dia meninggal dunia pada 2019.

"Selepas Yazit meninggal dunia, anggota Search bersetuju untuk memastikan hak-hak Yazit kepada nama Search dan kerja-kerjanya untuk Search sejak tahun 1981 akan diberikan kepada waris-warisnya," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Home of Champions dalam satu kenyataan di Facebook berkata pihaknya akan membuat kenyataan menerusi peguam mereka dalam masa terdekat.

“Berhubung kenyataan media yang kami terima daripada pihak Amy dan Nasir di platform media sosial, pihak kami akan membuat satu kenyataan balas melalui pihak guaman, ” tulis pengendali akaun.

Gambar fail Amy bersama Search yang dirakam pada November 2014.

Search ditubuhkan pada 1981 dianggotai oleh Amy, Yazit, Hillary Ang serta Daud dan kemudiannya disertai oleh Nasir dan Noordin.

Selepas album ketiga berjudul Mentari Merah Di Ufuk Timur, Hillary meninggalkan Search dan digantikan oleh Kid.

Album terakhir iaitu Katharsis yang dihasilkan pada 2017 menampilkan Amy, Nasir, Noordin dan Kid tanpa Yazit yang uzur.

Amy mengambil keputusan berundur daripada Search pada tahun lalu.

Search kemudian menggunakan khidmat penyanyi Wings, Datuk Awie untuk Konsert Projek Bikin Wilayah 2021.

Bagaimanapun, konsert yang sepatutnya berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada Februari lalu dibatalkan berikutan penularan Covid-19.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain