suria

Dah mula bekerja... Zahirah MacWilson dipuji tak tinggalkan anak

Zahirah MacWilson selamat melahirkan Isaac Raees pada Januari lalu.

TINDAKAN pelakon Zahirah MacWilson yang tidak sesekali meninggalkan anak kecilnya, Isaac Raees ketika keluar bekerja dipuji peminat.

Menerusi Instagram Story, Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah MacWilson Zainol Johari MacWilson, 26, berkongsikan foto dia memerhati anaknya itu ketika sedang disolek.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah MacWilson, Aiman timang anak lelaki, teruja lalui pengalaman di bilik bersalin - “Ini hadiah terbaik yang pernah kami terima”

Menurut Zahirah, dia berasa beruntung dapat membawa sekali anaknya ke tempat bekerja, namun memahami tidak semua ibu dapat melakukan perkara sama.

"Alhamdulillah, saya sangat beruntung dapat bawa sekali anak lelaki saya ke tempat kerja tapi tidak semua ibu di luar sana dapat kesempatan seperti ini.



Perkongsian Zahirah di Instagramnya.

"Kalau tinggal, tidak bermakna kita tak sayang baby. Sesetengah ibu tiada pilihan dan terpaksa berkorban demi mencari rezeki untuk keluarga.

"Kita mesti hargai dan memberi sokongan terhadap ibu-ibu bekerjaya di luar sana yang di atas segala pengorbanan mereka," katanya.

Alhamdulillah, saya sangat beruntung dapat bawa sekali anak lelaki saya ke tempat kerja.

ZAHIRAH MACWILSON

PELAKON

Zahirah turut menambah sejak bergelar seorang ibu, dia kini lebih memahami pengorbanan yang dilakukan ibunya, Maslinda Yusof selama ini.

"Bila dah jadi ibu ini, kita sendiri akan sedar betapa besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu kita sendiri.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bukan sahaja daripada sudut kerjaya tetapi juga daripada segi mental, fizikal, emosi serta ketenangan minda mereka.



Zahirah dan Aiman bersama buah hati mereka, Isaac Raees.

"Sekarang pergi peluk ibu anda masing-masing (untuk tunjukkan rasa penghargaan)," katanya.

Pelakon filem Bulan Dan Pria Terhebat ini berkahwin dengan aktor Aiman Hakim Ridza, 32, pada 20 Februari tahun lalu di Damansara Perdana, Selangor.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Isaac Raees yang dilahirkan pada 5 Januari lalu di Perth, Australia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain