suria

“Tak perlu takut, mati bila-bila masa bukan sebab vaksin” - A Aida masih OK selepas beberapa jam divaksin

Aida akan menerima dos kedua pada 6 Mei depan.

SELEPAS beberapa jam menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech, penerbit Datuk A.Aida memberitahu dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan.

Bagaimanapun, menurut Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, dia sudah diingatkan mungkin akan mengalami pening atau demam selepas sehari menerima vaksin itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ditakdirkan mati, mama reda, mama mati dalam senyum” - Anak bimbang A. Aida tinggalkan rumah

"Masa disuntik itu saya tak ada rasa apa-apa pun... dan Alhamdulillah juga, sehingga kini keadaan saya masih okay. Tak ada rasa pening atau tak sedap badan.

Dalam keadaan Covid sekarang, kita sepatutnya kena patuhi saranan kerajaan.

A. AIDA

PENERBIT

"Buat masa sekarang ini, memang saya tidak ada mengalami sebarang kesan. Tapi tak tahu la... kawan-kawan ada cakap mungkin saya akan rasa kesan itu pada hari esok," katanya ketika dihubungi mStar.

Aida menerima suntikan itu menerusi keanggotaannya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berpangkat Leftenan Kolonel Bersekutu.

Ia sekali gus menjadikan beliau artis tempatan pertama negara ini menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech yang dijalankan di Dewan Sri Seroja di Putrajaya pada pagi Khamis.



Aida menerima suntikan menerusi keanggotaannya dalam pasukan APM yang berpangkat Leftenan Kolonel Bersekutu.

Manakala, suntikan dos kedua akan diterima pada 6 Mei depan.

Dalam pada itu, Aida menyeru seluruh rakyat Malaysia mendaftar suntikan vaksin dan mematuhi saranan kerajaan untuk mencegah Covid-19.

"Saya menyeru kepada semua orang untuk mendaftar vaksin... sekarang ini terlalu ramai orang yang anti-vaksin. Dalam keadaan Covid sekarang, kita sepatutnya kena patuhi saranan kerajaan.

"Suntikan vaksin itu merupakan salah satu untuk mencegah wabak tersebut. Jadi, janganlah rasa tak nak ambil vaksin. tak perlu takut... mati ini bila-bila masa bukannya disebabkan vaksin," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain