suria

Tahun ketiga berhijab, Zizi Kirana teruskan amalan tutup aurat sepanjang Ramadan - “Doakan... mana tahu saya akan terus bertudung selepas ini”

Zizi Kirana masih mengekalkan imej bertudung sepanjang Ramadan tahun ini.

RAMADAN kali ini merupakan tahun ketiga penyanyi Zizi Kirana meneruskan amalan menutup aurat bagi menghormati bulan mulia ini.

Sama seperti tahun sebelumnya, Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 36, berkata dia mengenakan tudung itu atas kerelaaan diri sendiri.

"Alhamdulillah tahun ketiga saya masih sama... bulan ramadan ini saya teruskan bertudung.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka tudung selepas Ramadan, Zizi Kirana minta doakan bertemu jodoh yang dapat membimbing - “Sejujurnya kalau dengan ustaz pun okay!”

"Sama seperti yang saya pernah katakan sebelum ini... saya mohon orang ramai mendoakan yang baik-baik. Manalah tahu saya akan bertudung terus selepas ini," katanya kepada mStar.



Zizi hormati bulan Ramadan dan minta peminat mendoakan yang terbaik.

Sebelum itu menerusi Instagram, penampilan Zizi dengan mengenakan tudung dan memakai jubah menerima pujian pengikut.

Rata-rata memuji tindakan Zizi menutup aurat sepanjang Ramadan dan berharap imej itu dikekalkan buat selama-lamanya.

Saya juga baru lancarkan dua lagu sempena Ramadan ini iaitu Syafaat kolaborasi bersama kumpulan Unic dan lagu Ramadan bersama Hafiz Hamidun!

ZIZI KIRANA

PENYANYI

"Zizi ni paling cantik masa bulan Ramadan... pakai tudung dan sebagainya, harap dia dapat istiqamah dan cantik sampai bila-bila.

"Subhanallah cantik sangat... sejuk mata kami memandang!" tulis pengikut pada ruangan komen.



Ramadan ini Zizi sibuk menjalani penggambaran drama dan beberapa program televisyen.

Bercakap mengenai karier seni, penyanyi lagu Eh ini berkata Ramadan kali ini dia sibuk menjalani penggambaran drama dan pembikinan video muzik lagu raya.

"Aktiviti Ramadan kali ini agak sibuk berbanding tahun sebelum ini, bulan puasa ini saya lebih banyak di set penggambaran drama.

"Selain itu saya juga perlu menyiapkan pembikinan MV lagu raya dalam masa terdekat. Semoga semua urusan ini dipermudahkan. InsyaAllah.

"Saya juga baru lancarkan dua lagu sempena Ramadan ini iaitu Syafaat kolaborasi bersama kumpulan Unic dan lagu Ramadan bersama Hafiz Hamidun," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain