suria

Jarang tayang kekasih... sekali Riena Diana bagi ucapan ‘bersemut’! Sanggup hantar makanan setiap kali rindu

Riena bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Nik Afiq.

JARANG berkongsi foto kekasih di media sosial, pelakon Riena Diana menarik perhatian netizen apabila kali ini memuat naik ucapan romantis terhadap teman lelakinya yang dikenali sebagai Nik Afiq.

Menerusi kapsyen tersebut, Riena mengakui kehadiran jejaka itu merupakan perkara yang terbaik pernah terjadi dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki miang ganggu Riena Diana, hantar foto paha dalam tab mandi lepas tak balas mesej - “Profile dah bagus ingat Allah tapi bila DM berbeza betul!”

Pemilik nama Nur Qamarina Diana Zulreal ini juga memberitahu dia berasa beruntung kerana dapat mengenali seseorang yang murah hati dan bijaksana.



Riena berkongsi foto kekasihnya sempena ulang tahun kelahiran lelaki itu.

"Untuk seseorang yang saya sangat mencintainya. Saya tidak pernah bertemu dengan seseorang yang baik seperti awak, awak perkara yang terbaik terjadi dalam hidup saya.

"Terima kasih kerana menjadi diri awak. Ketika ramai orang berpaling, awak berjalan terus bersama saya.

"Saya berasa sangat bertuah kenal dengan bijaksana, murah hati dan baik seperti anda," tulis Riena.

Saya minta maaf kerana terlalu sibuk dan tiada masa untuk luangkan masa dengan awak.

RIENA DIANA

PELAKON

Pelakon berusia 24 tahun ini turut memuat naik beberapa keping foto pemuda itu sempena ulang tahun kelahiran buah hatinya dan rata-rata netizen turut mendoakan kebahagian pasangan itu.

Dalam pada itu, pelakon yang mula dikenali menerusi drama siri Kampung People ini memohon maaf kerana tidak dapat meluangkan masa bersama disebabkan jadual padat.

"Saya minta maaf kerana terlalu sibuk dan tiada masa untuk luangkan masa dengan awak tapi awak tak pernah gagal letakkan uasaha untuk datang berjumpa saya dimana saja.



Riena sebelum ini jarang berkongsi foto bersama kekasihnya.

"Ada masa hantar grab food untuk saya setiap kali awak rindu saya sangat. Terima kasih untuk semua itu. Terima kasih kerana banyak sabar dengan jadual saya yang padat.

"Sangat sabar dengan saya dimana saya tahu saya kadang-kala boleh jadi gila! Selamat hari lahir untuk lelaki paling kacak yang saya perlu jumpa! Tiada siapa boleh lawan kegilaan awak," katanya.

Menerusi laporan mStar pada 14 Ogos lalu, Riena memberitahu dia tidak berkongsi foto kekasih bukan disebabkan hubungan mereka berdepan masalah namun ia disebabkan kesibukan jadualnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain