suria

Coki tak main-main, serius mahu tunjuk bakat lakonan - “Saya tak anggap diri sebagai instafamous tapi pendatang baharu”

Coki berkata tawaran lakonan yang diterima merupakan rezeki dan peluang itu harus digunakan sebaik-baiknya.

PERSONALITI media sosial yang kini bergelar pelakon Coki berpendapat bayaran yang murah bukanlah sebab utama produksi memilihnya berlakon beberapa drama dan telefilem.

Menurut Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel, 16, soal bayaran itu terlalu subjektif kerana ia terpulang kepada seseorang pelakon untuk menerima atau menolak tawaran tersebut.

"Saya ada mendengar mengenai isu instafamous ditawarkan berlakon kerana bayaran lebih murah... sebenarnya susah nak cakap fasal isu ini kerana ia terpulang kepada individu itu sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas jadi kegilaan, Coki bakal bergelar pelakon - “Sejak darjah enam dah pasang impian nak berlakon!”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu ‘instafamous’ jadi pelakon, Mawar Rashid percaya produksi tahu yang terbaik untuk bisnes mereka - “Takkan la stesen televisyen nak ambil yang kayu”

"Saya sendiri memang dah lama minat nak jadi pelakon, jadi apabila ada tawaran datang saya terima... kalau kita tak cuba kita tak tahu, lagi pun saya anggap ini semua berbalik kepada rezeki.

"Cuma mungkin saya dikenali di media sosial terlebih dahulu dan kemudian barulah tawaran itu datang tapi disebabkan minat dan nak timba pengalaman, tak salah saya mencuba! Alhamdulillah buat masa ini semuanya berbaloi dengan kerja," katanya kepada mStar.



Coki bersedia belajar dan memantapkan lagi bakat lakonannya.

Bagi membuktikan dia benar-benar serius dalam bidang ini, Coki yang sebelum ini dikenali sebagai raja slowmo berkata dia turut mengikuti kelas lakonan.

Ia bertujuan untuk memantapkan lagi bakat lakonannya kerana enggan dilabel sebagai pelakon kayu.

Kalau drama atau telefilem itu berkualiti sudah pasti ramai yang akan menonton dan memberikan sokongan!

COKI

INSTAFAMOUS/ PELAKON

"Sejak berlakon telefilem pertama berjudul Petaka tahun lalu saya dah ikuti kelas lakonan. Malah semasa di set saya kerap bertanya dengan pengarah dan pelakon senior yang lain. Mereka tak lokek berkongsi ilmu.

"Saya tak pernah anggap diri sebagai instafamous, saya letakkan diri saya sebagai seorang pendatang baharu yang masih perlu belajar banyak perkara.



Coki sentiasa bertanya dengan pengarah dan pelakon senior mengenai ilmu lakonan.

"Soal ramai pengikut itu bukanlah keutamaan, ia hanya bonus sahaja... kalau drama atau telefilem itu berkualiti sudah pasti ramai yang akan menonton dan memberikan sokongan," katanya.

Isu instafamous ditawarkan peluang lakonan menjadi perbualan hangat netizen selepas pelakon Izara Aishah menerusi Twitter mempersoalkan tindakan stesen televisyen yang lebih memilih golongan itu disebabkan bayaran yang murah.

Pelakon Ombak Rindu ini juga berpendapat jumlah tontonan sesebuah drama atau filem bukan bergantung kepada pelakon yang mempunyai ramai pengikut atau follower di laman sosial.

Isu ini menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat termasuklah golongan selebriti yang turut berpendapat instafamous harus diberi peluang mencuba bidang lakonan dan menunjukkan bakat mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain