suria

Pertama kali diadakan secara virtual, Konsert Digital Jelajah Suria gabungkan penyanyi legenda dan BBNU

Konsert Jelajah Suria buat julung kali diadakan secara virtual.

STESEN radio Suria FM kembali membawakan kehangatan siri Jelajah Suria menerusi Konsert Digital Jelajah Suria yang buat julung kalinya diadakan secara virtual pada 24 Mac ini, pukul 9 malam.

Pendengar bakal nikmati persembahan hebat daripada barisan artis popular dan juga lagenda seperti Dato Awie, Lah Ahmad, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Haqiem Rusli, Iman Troye, Floor 88, Masdo, Farisha Iris dan Bob Sentuhan.

Ia disiarkan secara langsung di Facebook Suria FM, Youtube SuriaTV, aplikasi Suria Malaysia dan di frekuensi Suria FM, 105.3 FM di Lembah Klang.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua jam setengah dengar 'Suria Cinta'! Suria FM catat 2.9 juta pendengar bagi tahun 2020

Walaupun dilakukan menerusi virtual, penonton juga boleh berinteraksi secara langsung bersama penyampai Suria dan artis jemputan serta berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan barangan eksklusif Suria menerusi aktiviti pentas sepanjang konsert berlangsung.

Dayang Nurfaizah antara penyanyi yang terlibat dalam Konsert Digital Jelajah Suria.

Selain itu, Suria FM juga turut melancarkan kempen Bantuan Tunai Suria yang menawarkan sebahagian daripada RM40,000 bermula 22 Mac hingga 9 April ini.

Kempen ini memberi peluang kepada pendengar bertuah memenangi wang tunai RM300 setiap hari dengan hanya memberikan kata laluan apabila dihubungi oleh penyampai Suria.

Pendengar yang ingin menyertai peraduan ini perlu mendaftarkan maklumat peribadi mereka dan lengkapkan ayat “Saya Mahu Bantuan Tunai Suria kerana...... (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)” di laman web suria.my.

Suria FM turut menganjurkan Kempen Bantuan Tunai Suria.

Pendengar terpilih akan dihubungi penyampai Suria yang bertugas dan perlu memberikan kata laluan yang dimuat naik di aplikasi Suria Malaysia 30 minit sebelum isyarat peraduan dikeudarakan.

Sekiranya pendengar terpilih gagal menjawab kata laluan yang betul atau tidak menjawab panggilan, wang tunai secara automatik akan digandakan pada segmen berikutnya.

Peraduan ini akan dijalankan di kesemua lima segmen utama Suria iaitu Team Pagi Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria Suria Petang dan Suria Cinta.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain