suria

Hebat Jep Sepahtu! Sari Yanti dah mengandung lagi - “Alhamdulillah... ini kehamilan yang ketujuh sebenarnya”

Teki-teka Sari berbadan dua mula timbul selepas dia memuat naik foto bersama Scha Alyahya pada awal Februari lalu.

AKHIRNYA teka-teki netizen mengenai 'baby bump' Sari Yanti terjawab apabila aktres itu mengaku kini sedang hamil lagi.

Nampaknya Sari dan suaminya yang juga pelawak Jep Sepahtu sangat dimurahkan rezeki kerana pasangan itu baharu sahaja menimang cahaya mata kedua sembilan bulan lalu.

Sari berkongsi berita gembira tersebut selepas menerima banyak pertanyaan daripada netizen menerusi ruangan Ask Me Question yang dimuat naik di Instastory.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah dapat sepasang” - Jep Sepahtu syukur Sari Yanti selamat lahir anak lelaki

Pelakon berusia 36 tahun ini juga menjelaskan bahawa kehamilan kali ini merupakan yang ketujuh selepas dia pernah mengalami dua kali keguguran.

Sari berkongsi berita gembira itu di Instastory.

"Lebih daripada 50 peratus soalan ini. Iya betul kak Sari mengandung. Alhamdulillah. Ini kehamilan yang ketujuh sebenarnya," kat Sari Yanti.

Sari mendirikan rumah tangga dengan Jep pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan dan Muhammad Khidir yang baru berusia sembilan bulan.

Akres itu juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Ada orang idam sangat tu tapi tak boleh sebab kena jaga rumah dan anak-anak juga.

SARI YANTI

PELAKON

Pada Februari 2019, Jep pernah berkongsi berita sedih mengenai isterinya mengalami keguguran ketika kandungan berusia tiga bulan.

Menurut Jep, dia mengetahui bayi dalam kandungan isterinya menghadapi masalah selepas membuat pemeriksaan di hospital.

Dalam pada itu, Sari turut berkongsi pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui mengenai alahan ketika hamil.

Kata Sari, individu tersebut sepatutnya bersyukur dan sentiasa berfikiran positif walaupun terpaksa baring sepanjang tempoh kehamilan.

Sari bersama suami dan anak-anak.

"Alhamdulillah awak ada masa untuk bercinta dengan tilam. Ada orang idam sangat tapi tak boleh sebab kena jaga rumah dan anak-anak juga. Memang mengandung tak mudah tapi jangan fikir letih badan, sakit belakang atau pinggang.

"Supaya boleh saja buat apa-apa macam biasa dan tak lemah semangat, terpaling penting berdoa pada Allah untuk bantu dalam perjalanan kehamilan. Insya-Allah," ujarnya.

Sebelum ini, netizen mula membuat spekulasi Sari berbadan dua selepas dia berkongsi foto bersama aktres Scha Alyahya di Instagram pada 2 Februari lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain