suria

Didi Astillah diugut dengan pisau, wanita misteri tak puas hati hubungan dengan lelaki - “I nak tanya ni betul ke you kahwin (dengan) dia?”

Didi Astillah terkejut membaca mesej ugutan daripada seorang pengguna Instagram.

PELAKON dan penyanyi Didi Astillah terkejut apabila membaca rantaian mesej ugutan yang dikirimkan oleh seorang individu tidak dikenali di Instagram pada Isnin.

Didi atau nama sebenar Dayang Nazilah Awang Astillah, 25, berkata selain ugutan pengirim yang dipercayai seorang wanita itu turut menulis kata-kata kesat dan memarahinya tanpa sebab.

Lebih menakutkan lagi apabila individu berkenaan turut mengirimkan foto sebilah pisau dan memberitahu akan bertindak demi membalas dendam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki Didi Astillah bengkak dan berdarah akibat digigit tikus - “Saya terkejut tikus gemuk lari dekat kaki sehingga terpijak!”

"Astaghfirullahalazim.. terkejut apabila nampak DM (mesej peribadi) ini. Macam yang korang nampak post kat Instagram, saya terima satu DM daripada seorang perempuan.

"Marah-marah, maki dan bagi kata kesat... ugut hantar gambar pisau. Pada yang bertanya sejujurnya saya tak kenal (pengirim).

"Apa motif dia saya tak tahu, kenapa dia marah sangat?," katanya menerusi Instastory pada Isnin.



Didi tunjuk mesej yang diterima daripada seorang pengguna Instagram.

Sebelum itu, adik kepada penyanyi Bella Astillah ini memuat naik beberapa paparan skrin rantaian mesej yang diterima daripada pengirim berkenaan di Instagram.

Wanita berkenaan meminta penjelasan Didi mengenai hubungannya dengan seorang lelaki dikenali sebagai Aiman Aziz.

Tolong jangan fikir saya tak boleh ambil tindakan dan awak suka-suka je bagi saya kata-kata macam ni!

DIDI ASTILLAH

PELAKON

"I nak tanya ni betul ke you kahwin (dengan) dia, you Sabah sama Sabah kan? Saya cuma nak tahu je.

"I tanya jawablah Didi you dengan Aiman Aziz ke? Apa motif you dengan Aiman. Tak apa kalau korang bersama, cakap dengan Aiman Aziz berdosa besar main-main orang good luck for you all.

"Eh perempuan, jangan ingat kau seksi sana sini kau kaya boleh berlagak, hidup tak lama tahu... perangai macam sampah! Murahan!" antara mesej yang dihantar wanita berkenaan.



Didi mahu buat laporan polis berhubung mesej ugutan yang diterima.

Tindakan Didi yang tidak membalas mesej berkenaan membuatkan pengirim menjadi lebih agresif sehingga mula mengeluarkan kata-kata ugutan.

Bimbang keselamatan diri selepas menerima mesej ugutan itu, Didi memberitahu dia akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

"Tolong jangan fikir saya tak boleh ambil tindakan dan awak suka-suka je bagi saya kata-kata macam ni.

"Atas apa yang dia buat saya akan ambil tindakan cuma sekarang masih di set (penggambaran) lagi, InsyaAllah lepas ni akan buat laporan, saya sendiri ada gambar muka dia yang diambil daripada sosial media," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain