suria

Fazura alami ‘separation anxiety’? Rungsing nak tinggalkan Nur Fatima - “Baru langkah keluar pintu dah rindu, tengok video dia rasa macam berhari tak jumpa!”

Anak Fattah dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya kini berusia empat bulan.

SELEPAS melahirkan cahaya mata pertama pada, 2 Oktober tahun lalu, pelakon Nur Fazura meluahkan rasa rindu untuk kembali bekerja di set penggambaran.

Biarpun keinginan itu menebal, namun dia tidak sampai hati untuk meninggalkan anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya untuk beberapa jam di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Me and my mini me” - Fazura kongsi foto puteri sulung, ramai puji wajah Fatima ‘mix’ Fattzura

"Saya selalu ditanya sama ada saya berasa rindu untuk berada di set, jawapannya sentiasa ya. Orang yang kenal saya, mereka tahu betapa saya suka bekerja dan menjadi seorang pelakon adalah minat nombor satu saya.



Liza Hanim turut berkongsi tips dengan Fazura.

"Tetapi sekarang saya sudah bergelar ibu, rasa berat nak tinggalkan anak berjam-jam sehari. Macam mana saya nak atasi perkara ini? Perlukan nasihat daripada ibu-ibu yang rajin bekerja di luar sana," soal Fazura.

Perkongsian isteri kepada pelakon Fattah Amin itu di Instagram miliknya pada Ahad mendapat perhatian daripada penyanyi Liza Hanim yang turut memberi tip menguruskan anak sebelum kembali bekerja.

Pernah melalui pengalaman yang sama, Liza memberi nasihat kepada Fazura supaya menggunakan masa sekarang untuk mencari penjaga yang terbaik dan dipercayai.

Sekarang pun Fatima dah empat bulan dan kalau nak shoot tu pun selepas raya.

NUR FAZURA

PELAKON

"Sebagai ibu kepada lima orang anak, ini dikatakan separation anxiety, dan ia perkara biasa. Hari pertama saya bekerja selepas tiga bulan berpantang, saya menangis! Masa anak kelima tau.

"Tapi awak akan biasakan diri sebab kita bekerja untuk anak-anak juga. Gunakan waktu awak sekarang untuk mencari penjaga yang terbaik dan boleh dipercayai.

"Beberapa bulan pertama, saya upah penjaga... jadi, baby saya boleh ikut saya ke lokasi sebab menyusu badan kan... tapi sekarang tempat paling selamat adalah rumah... harap ini dapat membantu awak," komen Liza.

Berbalas komen tersebut, pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini memberitahu dia tetap berasa gementar untuk kembali ke set penggambaran biarpun anaknya kini sudah berusia empat bulan.



Fazura bersama suami dan anak.

Bagaimanapun, aktres berusia 38 tahun ini berharap diberikan kekuatan dan dapat bekerja dalam masa yang sama meluangkan masa dengan anak perempuannya.

"Faz kalau baru melangkah keluar pintu dah rindu anak. Lepas itu, tengok video dia macam berhari tak jumpa padahal baru dua jam. Sekarang pun Fatima dah empat bulan dan kalau nak shoot tu pun selepas raya.

"Tapi, tetap gementar! Insya-Allah... semoga ada kekuatan dan berharap kita dapat bekerja dalam waktu bersama dia juga. Terima kasih sis," kata Fazura.

Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah Amin pada November 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama yang diberi nama Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain