suria

Pernah lalui jalan sukar, Aina Abdul kongsi kisah sebagai penyanyi kelab malam dalam 'Sepi' - “Saya cuba memberi inspirasi kepada orang ramai”

Aina tampil dengan lagu terbaharu berjudul Sepi.

PERNAH bekerja sebagai penyanyi gig di restoran, kelab dan lounge, penyanyi Aina Abdul memilih sebuah kelab malam sebagai lokasi untuk video muzik (MV) lagu terbaharunya berjudul Sepi.

Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, pemilhan lokasi tersebut juga bersesuaian dengan jalan cerita lagu itu yang mengisahkan perjalanan hidupnya sebelum bergelar penyanyi 'mainstream'.

ARTIKEL BERKAITAN: Disamakan dengan ‘Valak’, persalinan hitam putih Aina Abdul sebenarnya ada maksud tersirat - “Minta maaf kalau saya buat orang seram!”

"Untuk pengetahuan, saya bermula sebagai penyanyi gig di restoran, kelab dan lounge. No Black Tie dipilih menjadi lokasi MV Sepi kerana saya pernah mencari rezeki di sana dengan menyanyi setiap malam.



Aina pernah bekerja sebagai penyanyi gig di restoran dan kelab.

"Persekitaran lokasi sangat dekat dengan jalan cerita Sepi dan bagaimana saya mencari identiti sendiri dengan menyanyi dan dari situ, saya keluar mengenali dan meneroka ke dunia lebih luas lagi.

"Apa yang saya paparkan dalam muzik video itu antara kisah suka duka serta kejadian yang pernah saya lalui sendiri sebelum dikenali sebagai penyanyi mainstream," kata Aina.

MV lagu ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi berusia 28 tahun ini mula dilancarkan di saluran YouTube pada 8 Februari lalu dan kini mendapat lebih 360,000 tontonan.

Untuk pengetahuan, saya bermula sebagai penyanyi gig di restoran, kelab dan lounge.

AINA ABDUL

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sumpah dan Semalam ini memberitahu dia juga mahu memberikan inspirasi kepada peminat melalui karya tersebut.

Malah, lirik lagu tersebut juga bersesuaian dengan situasi semasa di mana ramai orang yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

"Menerusi Sepi, saya bercerita tentang konsep sayangi diri sendiri. Daripada kisah yang pernah dilalui sendiri, saya cuba untuk memberi inspirasi kepada orang di luar sana bahawa 'you are the owner of your destiny, and nobody else can change but you'.



Aina mahu beri inspirasi melalui lagu Sepi.

"Di mana dahulu saya menyanyi di restoran dan kelab-kelab tapi saya kerja keras dan nekad untuk pergi lebih jauh untuk merealisasikan impian dan mahu karya saya didengari.

"Selain itu, jika lirik lagu ini diperhalusi, ia juga sesuai dengan situasi semasa tatkala kita semua berhadapan dengan pandemik. Ramai yang terkesan dengan keadaan sekarang, ada yang dibuang kerja, ada yang sukar mencari rezeki dan banyak lagi.

"Kita juga melihat ramai anggota barisan hadapan yang terus kekal berjuang walaupun penat bekerja bagi kerana terlalu letih serta mereka yang bersusah payah untuk mengekalkan kehidupan di waktu mencabar ini," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain