suria

Pendapatan terjejas selepas PKP, Achey berhasrat buka kedai runcit - “Saya dengan orang rumah dah lama simpan impian… bolehlah janji ada bisnes”

Achey dan isteri mahu miliki sebuah kedai runcit dan menjual keperluan rumah.

MAHU menerokai pelbagai cabang perniagaan, pelawak Achey berkata dia memasang impian untuk memiliki sebuah kedai runcit yang menjual pelbagai barangan keperluan rumah.

Menurut Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah, dia dan isteri iaitu Nor Hasanah Yahya sudah lama menyimpan hasrat itu dan berharap cita-citanya tercapai dalam masa terdekat.

“Saya dengan orang rumah dah lama nak buat bisnes yang orang ramai perlukan iaitu kedai runcit. Saya nak kedai runcit macam biasa sahaja, bolehlah janji ada bisnes.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil simpanan 10 tahun, 'let go' empat motosikal, Achey akhirnya miliki kediaman tiga tingkat - “Jual benda bukan keperluan untuk dapatkan rumah impian”

Perniagaan ini jelas dan terang, jadi kami dah tinjau kawasan berdekatan rumah dan insyaAllah doakan impian ini tercapai.

“Tahun lepas banyak perancangan bisnes yang terkandas. Sebelum ini saya cakap nak buka kedai aksesori motosikal namun tidak dapat dilaksanakan kerana keadaan semasa yang tidak mengizinkan,” katanya kepada mStar.



Tahun 2021, Achey mahu tumpu perniagaan.

Achey ditemui pada majlis pelancaran pelancaran produk makanan, Palut’s Superhero di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Palut’s Food Sdn. Bhd., Ridzuan Ansar.

Selain Achey, pelakon Saharul Ridzwan dan Zoey Rahman juga merupakan rakan kongsi untuk produk makanan ringan berasaskan pisang dan nangka itu.

Alhamdulillah dalam masa sama saya ada terima tawaran jadi duta untuk beberapa produk dan jadi rakan kongsi perniagaan!

ACHEY

PELAWAK

Dalam pada itu, Achey mengakui pendapatannya sedikit terjejas sepanjang pandemik Covid-19 terutamanya selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu.

Kata Achey, pendapatannya menyusut disebabkan kekurangan tawaran karier seni dan perlu menanggung keluarga terutamanya ibu bapa dan mertua.



Empat rakan kongsi bangunkan perniagaan makanan ringan.

“Kebelakangan ini pendapatan sedikit menyusut... bukan hanya kesan PKP tetapi sebab saya banyak tanggungan terutamanya ibu bapa dan mertua.

“Adik-beradik pun kalau ada masalah kewangan saya akan tolong. Walaupun tak dapat nak tolong semua tapi saya akan tanya mereka susah dari segi apa, kalau boleh bantu saya akan bantu.

“Alhamdulillah dalam masa sama saya ada terima tawaran jadi duta untuk beberapa produk dan jadi rakan kongsi perniagaan,” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!



Artikel Lain