suria

Tak tahan jadi bahan cacian netizen, Wani Comel mahu buat laporan polis - “Tiada faedah untuk saya menipu sesiapa!”

Wani Comel akan buat laporan polis terhadap pihak melemparkan fitnah dan kata-kata kesat kepadanya.

GADIS obesiti, Wani Comel tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan dengan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap netizen yang melemparkan kara-kata fitnah terhadap dirinya di media sosial.

Menurut Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dia terpaksa bertindak sedemikian kerana terlalu banyak tohmahan yang dilemparkan terhadapnya selepas membuat pendedahan dakwaan diperdaya usahawan kosmetik terkenal minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak pernah janji bulan dan bintang... kalau betul boleh tuntut di mahkamah” - Aliff Syukri yakin ada pihak ‘cucuk’ Wani Comel

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Comel derita lagi, masuk hospital akibat jangkitan paru-paru - “Dia tak pernah buat pemeriksaan selepas potong usus”

"Terlalu banyak pihak yang tak henti-henti mengacau hidup Wani dengan pelbagai kata-kata kesat dan tak kurang juga ada yang mendoakan Wani mati.

"Wani ingin menasihatkan agar mana-mana individu yang tag saya dengan cubaan gangguan, fitnah, cacian, makian dan hinaan dan apa-apa perkara negatif lain termasuk body shaming, saya sendiri akan membuat laporan polis dan laporkan kepada pihak SKMM kerana saya berhak berbuat demikian," katanya.

Kenyataan yang dimuat naik Wani Comel di Instagramnya.

Wani juga meminta netizen berfikir dahulu sebelum menulis komen berkaitan dirinya jika tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap mereka.

Jelasnya lagi, dia dalam usaha mengumpul kata-kata hinaan itu sebagai bukti untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Wani sendiri akan membuat laporan polis dan laporkan kepada pihak SKMM kerana Wani berhak berbuat demikian demi diri Wani

WANI COMEL

GADIS OBESITI

"Mereka yang membantu Wani telah mengumpulkan semua bukti-bukti serta komen anda yang menghina, mengecam dan menghasut masyarakat untuk provokasi, menimbulkan perbalahan di media sosial di Instagram dan DM Wani,

"Tiada faedah untuk Wani menipu sesiapa dan tiada untungnya Wani buat tindakan macam tu. Hati-hati menulis takut termakan diri," katanya.

Wani bergambar bersama Ustaz Abu Syafiq.

Menerusi laporan mStar Jumaat lalu, Wani yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.

Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangani kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pemain EPL ditahan atas 2 dakwaan rogol