suria

“Risau tak tentu hala, rasa macam nak mati” - Oja hidap anxiety, alami migrain teruk sebelum konsert GV7

Oja menjaga pemakanan bagi mengelakkan diri daripada diserang anxiety.

BERDEPAN masalah kesihatan, penyanyi Oja membuktikan dia mampu melakukan persembahan terbaik sehingga menerima markah tertinggi pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang berlangsung Ahad lalu.

Menurut Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza Daud, 37, dia mengalami masalah kesihatan Gastro Esofagus Refluks Disease (Gerd) iaitu sejenis penyakit yang boleh dikategorikan seperti penyakit gastrik dan menghidap anxiety atau kebimbangan yang serius.

Memandangkan kebelakangan ini dia tidak mendapat rehat secukupnya, Oja berkata, dia mengalami masalah migrain atau sakit kepala yang teruk sehinggalah pada malam konsert tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tadi ada lupa lirik ke? Jiwa sedih tu ada tapi...” - Aju tersingkir minggu ketujuh GV7, gagal ke peringkat suku akhir

"Sejujurnya saya tak percaya dengan keputusan itu walaupun memang saya rasa dah lakukan yang terbaik... mungkin kerana saya sedar mempunyai masalah kesihatan membuatkan saya tidak yakin.

"Bermula pada hujung tahun lepas, saya mengalami slip disk dan selepas itu saya mula mengalami penyakit Gerd pada awal tahun ini... lebih teruk saya turut mengalami masalah kembimbangan yang melampau iaitu anxiety.



Persembahan bertenaga Oja dapat pujian juri.

"Punca saya boleh dapat penyakit Gerd dengan anxiety ini sebenarnya kerana tak jaga pemakanan. Sejak dapat kesan penyakit ini memang terus saya jaga pemakanan.

"Cuma malam konsert ketujuh, saya bukan sahaja diserang gastrik dan anxiety tetapi turut mengalami migrain yang teruk kerana terlalu penat dan tak cukup rehat," kata Oja kepada mStar.

Memang awal-awal kena penyakit ni saya tak tahu kenapa, saya rasa nak menggigil, resah, nafas pendek, risau tak tentu hala dan senang kata rasa macam nak mati!

OJA

PENYANYI

Dalam konsert minggu ketujuh GV7, Oja menyanyikan lagu Amelina nyanyian asal Santesh menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 73.7 peratus.

Berkongsi mengenai penyakit dan masalah kesihatan yang dihadapinya itu, Oja berkata dia berasa bersyukur kerana tahap penyakitnya itu masih boleh dikawal.



Oja menjaga pemakanan bagi mengelak penyakit menjadi lebih serius.

"Memang awal-awal kena penyakit ni saya tak tahu kenapa, saya rasa nak menggigil, resah, nafas pendek, risau tak tentu hala dan senang kata rasa macam nak mati.

"Alhamdulillah. bila saya dah jaga pemakanan contohnya tak minum kopi, makan pedas dan jaga pengambilan gula, saya semakin pulih.

"Dalam GV7 ini, pernah sekali semasa minggu keempat dulu, saya rasa sedikit anxiety tetapi tak serius sangat kerana saya masih boleh kawal.

"Saya selalu berdoa diberi kesihatan yang baik sepanjang hari dan berharap peminat juga dapat mendoakan saya sihat," jelasnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain