suria

“Tadi ada lupa lirik ke? Jiwa sedih tu ada tapi...” - Aju tersingkir minggu ketujuh GV7, gagal ke peringkat suku akhir

Aju tidak dapat meneruskan saingan di peringkat suku akhir minggu depan.

PENYANYI Aju daripada kumpulan Success tersingkir di Konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad.

Aju yang menyanyikan lagu Hanya Rindu nyanyian asal Andmesh Kamaleng menerima markah terendah iaitu sebanyak 57.8 peratus.

Mengulas mengenai persembahan Aju, juri jemputan Saiful Apek memuji penyampaian dalam persembahan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu banyak ‘vibrato’, Rozita Izlyn tersingkir GV7

Sementara itu, Ramli MS mengakui Aju menyampaikan lagu penuh jiwa namun ada kesilapan pada beberapa bahagian lirik.

“Kamu penyanyi yang sukses dan ada value... lagu itu untuk ibu dan buat kita rasa ibu itu penting, penyampaian anda boleh dipuji, gabungan muzik dan vokal sangat baik, ” kata Apek.



Aju sebak semasa menyanyikan lagu Hanya Rindu.

“Tadi ada lupa lirik ke? Jiwa sedih tu ada tapi berterabur (lirik) tu kira markah juga!” komen Ramli.

Minggu ini menyaksikan penyanyi Oja menerima markah tertinggi iaitu 73.7 peratus diikuti Ashira (73.6) dan Noraniza Idris (72.8).

Peserta lain yang akan meneruskan saingan di peringkat suku akhir minggu depan ialah Yantzen, Muss, Linda Nanuwil, Ayu Damit dan Cliff Umar.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta juri jemputan minggu ini ialah Ad Samad dan Saiful Apek.



Oja terima markah tertinggi minggu ini.

GV7 dikendalikan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Juara Gegar Vaganza musim ketujuh bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain