suria

Alif Satar minta maaf, rakan artis terlibat SFMM35 terpaksa jalani 'swab test' - “Ini bukan salah awak! Jangan fikir bukan-bukan”

Alif minta maaf rakan artis terpaksa jalani swab test.

SUSULAN penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19 pada Ahad, rata-rata penyanyi dan pekerja belakang tabir yang terlibat dengan program Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) mula menjalani ujian saringan bagi mengesan tahap kesihatan mereka.

Antara yang turut menjalani ujian calitan atau swab test itu ialah pengacara yang juga merupakan teman rapat Alif iaitu Sherry Alhadad.

Menerusi Instagram, Sherry berkata dia sudah melakukan saringan pada malam Ahad dan akan menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar positif Covid-19 - “Saya mohon maaf... keputusan ini mendukacitakan”

"Assalamualaikum semua. Saya baru sahaja melakukan covid test dan akan melakukan kuarantin diri selama 14 hari. Doakan semoga semuanya dipermudahkan. InsyaAllah.

"Terima kasih atas doa kalian buat kami. Doakan juga untuk sahabat baik kami Alif Satar agar cepat sembuh. Semoga kita selamat hendaknya," tulis Sherry.



Pengacara SFMM35, Sherry dan Haziq adalah kontak rapat Alif Satar.

Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah komen yang ditulis oleh Alif pada perkongsian tersebut.

"Semoga dipermudahkan Sherry. Saya minta maaf awak terpaksa lalui ini," komen Alif.

Menyedari komen yang ditinggalkan Alif, Sherry memohon penyanyi lagu I Want You To Love Me ini tidak menyalahkan diri sendiri.



Sherry balas komen Alif.

"Ini bukan salah awak! Tolong jangan salahkan diri sendiri... kami semua doakan semoga awak cepat sembuh.

"Jangan fikir bukan-bukan okay my Shebaa (nama usikan untuk Alif) We all love you so much!" jawab Sherry.

Bukan sahaja pada ruangan komen Instagram Sherry, Alif juga dilihat membuat permohonan maaf di beberapa perkongsian rakan artis yang lain.



Alif mohon maaf menyusahkan ramai pihak.

Antara rakan artis yang melakukan ujian saringan pada malam Ahad ialah Haziq Husni, Hael Husaini, Zynakal, Naim Daniel, Syamel, Ernie Zakri, Aina Abdul dan Stacy.

Pelakon Dia Semanis Honey ini turut mendoakan rakan-rakannya itu tidak dijangkiti virus tersebut.

Pada Ahad, Alif Satar memaklumkan dia disahkan positif Covid-19 selepas dua hari membuat persembahan di pentas SFMM35 episod pertama yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Alif kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di Melaka dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Gara-gara itu, SFMM35 episod ketiga yang sepatutnya berlangsung pada Ahad terpaksa dibatalkan dan ditunda pada tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain