suria

Kelas Cik Ani! Chef Wan tempah baju kurung basahan daripada Calvin Thoo - “Siang-siang dah naik ke bilik... katanya dah cuba masa saya tidur”

Ibu Chef Wan seronok terima baju baharu hasil jahitan pereka fesyen terkenal.

UMUM mengetahui cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali sebagai Chef Wan tidak kedekut berbelanja untuk ibu tersayang, Noraini Abdullah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan, 62, berkongsi cerita mengenai pakaian harian ibunya yang ditempah khas daripada pereka fesyen terkenal iaitu Calvin Thoo.

"Alhamdulillah semua baju Kedah ibu untuk pakaian hariannya sudah pun disiapkan oleh pereka fesyen Calvin Thoo.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto bersama kanak-kanak hidap kanser, Chef Wan dituduh tak sensitif - “Pleaselah... saya tak gila publisiti murahan untuk jadi famous”

"Saya pergi ambil di kedainya di Jalan Imbi semalam. Emak kata sangat selesa pakai, jahitan dan kain pun sejuk sahaja Wan. Tengoklah siapa yang pilih emak, sambil saya usiknya!" cerita Chef Wan.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik foto ibunya Noraini atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Ani mencuba baju kurung Kedah yang siap dijahit.

Perkongsian Chef Wan di Instagram.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya memuji tindakan Chef Wan yang tidak pernah berkira mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk keselesaan ibunya.

Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu baju basahan itu akan dipadankan dengan 15 kain batik pelbagai corak manakala pakaian lama yang sudah lusuh akan disimpan.

Gara-gara terlalu gembira dengan pemberian itu, Chef Wan mendedahkan ibunya telah mencuba pakaian tersebut secara sembunyi pada waktu malam.

Chef Wan sanggup keluarkan belanja besar demi ibu tersayang.

"Dengan 15 batik sarung baharu untuk dipadankan, yang mana dah lusuh dan reput itu boleh disimpan asing buat masa ini.

"Dia sangat gembira dapat pakaian tersebut dan tak sabar nak tengok malam tadi, tapi saya minta tunggu waktu pagi.

"Pagi ni siang-siang dah naik bilik saya katanya... emak dah cuba tadi masa kau tidur! Cantik-cantik baju baharu emak. Terima kasih," ceritanya.

Sebelum ini, bapa kepada pelakon Serina Redzuawan ini sering berkongsi perjalanan kisah dia bersama ibu yang kini disahkan menghidap kanser payudara pada usia 89 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain