suria

Ismail Izzani semakin serius berlakon... kalau dulu sebab Nabila Razali - “Harap penonton terima walaupun macam kayu sikit!”

Ismail Izzani mahu kembangkan karier lakonan secara serius.

MULA serius dalam bidang lakonan, penyanyi Ismail Izzani mengakui pada awalnya dia mencuba nasib sebagai pelakon kerana rasa selesa bergandingan bersama Nabila Razali.

Menurut Ismail, 20, sebelum ini dia bersetuju menerima dua tawaran lakonan selepas mengetahui penyanyi lagu Peluang Kedua itu merupakan pasangannya dalam drama tersebut.

"Awal-awal dulu saya berlakon sekadar untuk ambil pengalaman sahaja... lebih-lebih lagi apabila mengetahui Nabila Razali merupakan salah seorang pelakon dalam drama itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hargai jasa kakak, Ismail Izzani buat kejutan hadiahkan telefon bimbit - “Dia peluk dan kata dia teringat waktu kecil saya selalu beri dia handphone saya”

"Dia punca saya bersetuju! Mungkin sebab kami dah saling kenal, jadi proses penggambaran itu berjalan lancar dan saya tak rasa kekok. Tapi sekarang ini apabila perlu bergandingan dengan pelakon lain, saya kena cabar diri untuk mencuba.

"Berlakon dengan orang baharu umpama satu pengalaman baharu, rasa gementar dia lain macam... sejujurnya ada sedikit tekanan tetapi Alhamdulillah saya semakin membiasakan diri," katanya kepada mStar.



Ismail Izzani selesa bergandingan bersama Nabila Razali.

Ismail Izzani ditemui di set penggambaran drama terbaharu berjudul Lelaki Lingkungan Cinta terbitan Zeel Production, baru-baru ini.

Dalam drama yang menampilkan beberapa pelakon baharu iaitu Shasha Abedul, Cik B, Shalma Eliana dan Aniq Hero Remaja ini akan disiarkan pada Oktober ini di slot Lestari, TV3.

Kalau ada rezeki dalam bidang ini saya terima sahaja dan akan terus belajar dari kesilapan.

ISMAIL IZZANI

PENYANYI & PELAKON

Sebelum ini, penyanyi lagu Nyawa ini pernah digandingkan bersama Nabila Razali dalam drama Lelaki Kelas Sebelah dan Kebaya Kasut Kanvas.

Sementara itu, Ismail berkata dia kini bersedia menerokai dunia lakonan dan sedang berusaha memperbaiki mutu lakonan.

Malah, dia banyak mempelajari teknik lakonan dengan sahabat baiknya yang juga penyanyi iaitu Naim Daniel.



Ismail Izzani mahu serius timba ilmu lakonan.

"Sekarang ini saya sedang belajar perlahan-lahan mengenai ilmu lakonan. Industri hiburan ini luas dan bagi saya rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk.

"Kalau ada rezeki dalam bidang ini saya terima sahaja dan akan terus belajar dari kesilapan. Saya mahu serius mencari ilmu lakonan.

"Alhamudlillah Naim banyak kongsi ilmu dan kami sering bertukar pandangan dan idea. Cuma harapan saya penonton akan terima lakonan saya walaupun mungkin akan nampak kayu sedikit!," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain