suria

“Pinjam cara elok, bayar pun patut cara elok” - Dah masuk 5 tahun, Fadzil Zahari kesal pereka fesyen masih tak bayar hutang

Fadzil dan Yana harap pereka fesyen itu selesaikan hutang yang sudah berlanjutan lima tahun.

HUTANG tetap hutang! Itulah yang ditegaskan pengarah Fadzil Zahari terhadap seorang pereka fesyen yang masih belum menyelesaikan hutang berjumlah RM15,000 pada lima tahun.

Suami kepada pelakon Yana Samsudin itu mendedahkan dalam tempoh tersebut, ahli keluarga pereka fesyen itu sudah menyelesaikan sebanyak RM3,000 daripada jumlah yang dipinjam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah la tak bayar hutang, dedah pula foto Yana nampak aurat” - Fadzil Zahari

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara komen usaha remaja tayang 80 pingat, Fadzil Zahari dituduh dengki - “Kalau temuduga, majikan tak tengok sangat pun ni“

"Dia adalah seorang pereka fesyen terkenal di Malaysia satu masa dahulu. Saya kenal dia dah lebih kurang enam tahun. Kami berkawan selama setahun dan lima tahun sebagai penghutang.

"Sebenarnya mula-mula dia minta pinjam RM30,000 pada Yana tapi saya cakap dekat Yana bagi dia dalam seribu dua sahaja dulu sebab kalau nanti dia tak bayar tak ada la sakit hati sangat.

Minta pinjam cara elok... bayar pun patut dengan cara elok.

FADZIL ZAHARI

PENGARAH DAN PENERBIT

"Tapi Yana ni memang baik hati, cepat tersentuh bila dia ni cakap nak pinjam untuk rolling bisnes nak bayar gaji staf untuk Raya Aidilfitri... Yana pergi bagi RM15,000," ujarnya kepada mStar.



Fadzil dan Yana Samsudin masih menuntut hutang daripada seorang pereka fesyen.

Fadzil mengulas perkara itu selepas memuat naik sebuah entry meminta pereka fesyen itu tampil menyelesaikan hutang yang sudah memasuki lima tahun.

"Selamat ulang tahun kelima hutang... semoga dalam keadaan sihat hendaknya. Plan cuti mana tahun ini? Bali ke Mabul?

"Tag rakan anda yang masa nak pinjam duit nangis-nangis, dah dapat duit tak tau pergi mana" tulisnya.

Dalam pada itu, Fadzil turut meminta pereka fesyen itu untuk tampil dan menyelesaikan hutangnya secara baik dan menghubungi dia atau isterinya bagi menyelesaikan masalah itu.

"Saya cuma nak cakap pada dia, selamat bercuti ke destinasi pelancongan yang seterusnya... minta pinjam cara elok bayar pun patut dengan cara yang elok, sebab ni dah ulang tahun kelima dia berhutang," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Bapa MB Selangor meninggal dunia