suria

“Buat kali terakhir van jenazah Nor dapat rezeki hantar abang” - Noorkhiriah syukur dapat hantar jenazah Kumin pulang ke kampung halaman

Noorkhiriah mengimbau kenangan sewaktu bekerjasama dengan Allahyarham Kumin.

PELAKON Noorkhiriah terharu dapat memberi bantuan terakhir kepada Allahyarham pelawak Kumin (KU2) dengan menghantar jenazah pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Noorkhiriah, 43, yang menawarkan khidmat van jenazah percuma itu berkata, ia adalah kenangan terakhir sepanjang perkenalannya dengan arwah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kumin KU2 meninggal dunia, tiba-tiba jatuh katil dan tak sedarkan diri... Al-fatihah

ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah jadikan MPV miliknya van jenazah - “Akak tak kaya tapi sebelum meninggal akak nak tinggalkan sesuatu”

Allahyarham pernah bertindak sebagai pengurus produksi untuk drama Kolej Sri Cendana lakonan aktres itu yang disiarkan pada tahun 2001.

"Selamat jalan abang Kumin. Buat kali terakhir van jenazah Nor dapat rezeki hantar abang.

Siapa ingat cerita Kolej Sri Cendana? Allahyarham abang Kumin la pengurus produksi untuk cerita tu.

NOORKHIRIAH

PELAKON

"Siapa ingat cerita Kolej Sri Cendana? Allahyarham abang Kumin la pengurus produksi untuk cerita tu... menjaga akak bagaikan adiknya sendiri. Terima kasih Tuan Zulhairi Zainol dan Amal Valley Organisation atas bantuan dan kak Su," tulisnya.

Pelakon drama Nur ini meminta orang ramai menitipkan doa buat Allahyarham dan mengingatkan setiap manusia yang hidup pasti akan berhadapan dengan kematian.

"Saya sebak kak, masa hidup tak sempat jumpa. Terima kasih kakak beritahu saya ya... sudi menggunakan van jenazah saya.

"Kita bakal menyusul, kak. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, Aamin," ujarnya.



Kenderaan milik Noorkhiriah yang dijadikan sebagai van jenazah.

Pada Mei lalu, Noorkhiriah mewakafkan kenderaan pelbagai guna (MPV), jenama Hyundai miliknya sebagai van jenazah dengan harapan sumbangan kecilnya itu dapat dijadikan sebagai bekalan akhirat.

Kumin menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pandan Indah, Selangor pada Khamis akibat jatuh dari katil kira-kira pukul 12.31 tengah hari.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Allahyarham pernah mengecap populariti sebagai penyanyi duo KU2 sebelum fokus kepada kerja-kerja belakang tabir sebagai pengurus produksi.

KU2 turut dianggotai Allahyarham pelawak Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi.

Duo ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi (1994), Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain